Freedom



20 Oktober 2018. Assalammualaikum....

Saya kembali mewarnai dunia blog yang sudah lama saya tinggalkan sejak foundation MSU. Kembali menaip selepas 5 tahun lamanya yakni selepas grad medic. Wow! Selepas amik medic, dunia seorang jannah yang berwarna warni seperti pelangi sudah berubah (background bunyi kilat sabung menyabung). So adik adik fikir masak masak sebelum amik medic. Jangan kata hakak tak pesan lulsz.

Sesiapa yang ter-blogwalking tuh, ketahuilah bahawa blog nihlah menemani zaman remaja sis kot. Zaman sis huru hara. Rasa meraung baca post yang lama lama dan rasa denial gila. Sis macam ya ampun apalah entiti yang merasuk aku tika itu? Ada kot tulisan rempit kalau tak silap. Gigihnya lah dulu taip kecik besar kecik besar.

Banyak rasanya nak cerita! Lebih kepada rindu. Rindu alam maya yang dulu dan rindu diri sis yang dulu. Netizen pun tak agresif melempar kata nista eceh dan timeline facebook sis aman je dengan post farmville. Tak sangka dapat menembusi akaun blog nih selepas pelbagai cubaan tadi dengan password email apa semua tak ingat dah. Stress rasa dapat view blog sebagai tetamu je.

Sekian ringkasan post pengenalan. Bolehlah lepas nih sis bercerita panjang lebar sengsorang sebab blog sis dah kembali! Perasaan tekan PUBLISH tuh! Haish the good old days.






P/s : Btw... susahnya taip guna peranti tab nih! Rindu sis punya komputer besar. Boleh feeling feeling taip blog macam Impian Ilyana.