Selesai dan tamat

14 Jun 2013

Beberapa bulan aku dah tinggalkan laman privasi aku yang satu ini. Terpaksa curang dengan blog akibat lambakan laman sosial pada masa kini. Wakakaka. Padahal medulla oblongata aku nih malas nak menulis panjang panjang. Cukup lah menulis ringkasan sepanjang 160 patah perkataan di twitter dan menjenguk serta bergosip gosip serba sedikit di facebook sudah memadai untuk mengisi hidup ku yang penuh dengan liku dan onak duri. Wahhh, kemain.

Kalau dilihat pada tarikh, kira lebih kurang 2 minggu dah habis asasi dekat MSU yang makmur, aman, tenang dan damai itu. Cara penyampaian cerita macam msu adalah sebuah universiti yang terletak di tengah tengah hutan hujan tropika yang dilindungi oleh rimbunan pokok pokok hijau walhal perkara itu tidak benar sama sekali kerana msu terletak di tepi highway yang tidak pernah sunyi dengan hiruk pikuk dek kehadiran berbiji biji kereta dan juga lori.

Jadi, bila dah habis asasi selama satu tahun memang bermacam macamlah cerita. Pahit, payau, manis, tawar, suam suam kuku dan pelbagai emosi bercampur baur. Almaklumlah rakan satu kelas tinggal berdekatan dan berjiran tetangga antara satu sama lain. Boleh dikatakan 24 jam memandang wajah mereka. Dari fajar menyingsing sehinggalah matahari terbenam. Yang duduk serumah lagilah. Rasanya waktu tidur je behenti menatap muka mereka. Hehuuu, over sangat uolls.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH KAWAN KAWAN  untuk semuanya, untuk satu tahun ini.

Terima kasih untuk segala tunjuk ajar. 
Terima kasih untuk menasihati. 
Terima kasih untuk semua teguran. 
Terima kasih kerana meminjamkan telinga untuk mendengar bebelan yang tak pernah putus putus dari mulut i nih. 

Dan akhir sekali.............

TERIMA KASIH kerana sudi menjadi kawan yang sangat awesome dan superb kepada saya. Really appreciate it ;) 







Jumpa lagi semua. Good luck :)