post

Assalammualaikum dan selamat pagi, tengahari dan apa mungkin tengah malam?

Maaf blog tersayang yang dah lama aku tinggalkan. Saja singgah itupun sebab nak refresh otak untuk password blog yang semakin lama semakin telah reput dalam memori otak aku dan alang alang bebel lah sikit an an an. Macam tak biasa pulak an an an. Almaklumlah wifi di shah alam kadang kadang menyukarkan untuk create walau untuk satu new post cuma. apatah lagi nak publish mau berjanggut bermisai berjambang aku menunggu. dan, macam biasaaaaaaaaaa.... how are you ? *bisik sorang sorang* sekarang ini, aku barulah dapat menikmati cuti yang boleh dikirakan agak panjang sedikit iaitu seminggu berbanding cuti cuti sebelum ni yang kadang kadang berdurasi 72 jam paling lama. yeaayyy, cuti seminggu! yeayyyy, minggu yang sibuk akan menyusul selepas cuti! yeayyyy, yeayyyy, yeayyyy *masih lompat bintang* siapa ada cuti yang panjang macam kereta api tanah melayu tuh tolong tolonglah hargai ye.jangan dok kata bosan bosan bosan. mai sikit derma cuti tuh ! jeles lah gilaaaaaaaa :|

apa? cuti seminggu? eh eh pendeknya cuti. singkatnya cuti. tapi, tak mengapa. singkat singkat mana pun cuti or masa rehat aku, tetap bermakna. dapat legakan segala lenguh lenguh dan sengal sengal di seluruh malah segenap anggota badan nih pun dah cukup memadai. dapat jauhkan diri dari segala buku dan nota nota ? ahhh, itu heavennnnnnn~ (walaupun kena jugak refresh sikit sikit utk kuiz lepas cuti) to be honest, aku tak buat apa apa sepanjang cuti. melancong pun tidak, jumpa kawan pun tidak. majority time di rumah dan rehat sambil silang kaki macam puteri raja sambil makan biskut gula dan sambil menonton sinetron di petang yang hening. nikmat ! and, dah nama cuti mesti banyak gila waktu terluang. muehehehehe. so, tak tau nak buat apa geledah satu persatu folder gambar memandangkan pc dekat rumah macam gedung gambar. segala macam gambar semua aku sumbat kat sini. laptop cuma ada beberapa ulas jadi macam tak seronok lah kan nak usha mengusha satu persatu gambar sambil tergelak gelak. video apatah lagi. memang berdekah macam orang sawan aku mentertawakannya.

a few of meaning ful pictureee,



memandangkan sekarang nih macam sedang bahang spm, mari aku barakan lagi semangat spm *ttibe* yang ini, pic waktu last spm. lepas habis paper bio, aku datang kelas tercinta aku. aku sorang-sorang di situ. dah ramai yg balik rumah time tuh. kelas yg dulu meriah dgn nyanyian Sephia by sheila on7... jadi sepi. aku duduk kat meja, menghadap ke white board dan pandang sekeliling. aku sedih, dan aku snap some pictures of my desks and books untuk memory last spm (padahal boleh je snap pose pose lompat sambil mendepangkan tangan kat pintu masuk sekolah untuk memory last spm.muahahaha)

and, last but not least, mestilah rakan rakan. semakin lama semakin payah kan nak jumpa. sorang kat sana. sorang kat sini. aku free, mereka pula tak free. maklumlah semua dah tercampak kat berlainan tempat. nasib baik si muka buku dengan si buburung biru ada. tak adalah rasa lost contact. tapi kengkadang tuh cam tak seronoklah en tak jumpa kat reality life. tak dapat nak tunjukkan muka ke-excitedan dan muka penuh gosip aku nih ha :\ and yeahhhh, a lot of pictures of them :)


this, this, this and this





sebenarnya, memang banyak gambar dan nak included kan semua orang. semua pic tengok apa yang tinggal dalam pendrive sebab kalau folder memang amik masa genap satu pusingan matahari mengelilingi bumi. terlalu banyak dan berterabur. betapa tak sistematiknya diri ini ~ yang pic macam alalalalala kelakarnyaaaaa, jangan risau aku tak pamer. semua pose baik baik punyer. 

word last untuk post panjang ini, SAYA RINDU KAMU SEMUA.





Assalammualaikum diucapkan, pembuka bicara.

Selamat datang. Dah lama tak menulis terasa awkward. Macam ada repetitive strains injury pulak bila nak menaip. Trrrrrr~ Trrrrr~ Tangan menggigil. Lama tak update, lama tertinggal. Cerita yang banyak simpan kat dalam kocek, peram disimpan biar tumbah kulat di sekitarnya. Yucksss~ Itu menggelikan.



Hari ini aku dah bebas. Bebas dibelenggu buku buku di sekitar aku. Gua dah selesai exam final. Yeayyy~ Kalau tak, memang setiap hari buku di tepi, kanan, kiri hatta nak tidur sekalipun buku jadi bantal peluk. Bukan gigih study. Ini gara gara study last minute. Sumpah aku rasa macam nak sebat muka aku dengan penyapu lidi sebab bila dah study last minute otak-aku-jadi-cramp-dengan-tak-cukup-tidur-kau-pergi-jawab-exam-memang-cubaan-berani-mati. Dah, cukup pasal exam. Izinkan aku bergembira *turn on lagu memori daun pisang*



In the blink of eye, tak perasan cepat gilaaaaa nak mati 2012 dah nak sampai penghujung. Tengok jelah kehidupan aku. Dari jadi penganggur berbulan bulan kat rumah, jadi kutu rayau apa semua, dapat result spm, mintak ipta itu ini, apply blalalalalala nak sambung belajar, dan sekarang aku dah habis dah semester 1. Okay, aku kaget sebentar  -..-


Life? So far so good, bak kata orang putih. Busy seperti biasa. Buat kerja tanpa henti. Assignment yang selalu berkunjung tiba. Kadang kadang berlakon, kadang kadang berteater, kadang kadang bersketsa, kadang kadang otak terpaksa diperah untuk siapkan satu persatu tugasan. Adat orang belajar kan. Bermacam macam. Tapi memandangkan bukan aku je satu satu manusia yang mengalami nasib yang sama so, rilek watpeace, watkool, buat buat tak tahu.

Dan sekarang, yeah , nak raikan cuti yang ada. Bukan senang hoi nak dapatkan masa masa lapang. Tolonglah faham yang aku nih tak empunya cuti sem yang berbulan bulan berjela jela seperti kalian. So, enjoy your holidays, everyone.

salam hari raya

assalammualaikum ,

pertama sekali, bersihkan blog dengan bulu ayam *sambil sapu sapu* tiup habuk habuk yang ada biar bertaburan ke seluruh alam. hai blog ! aku tuanmu! masih mengecam aku lagi? K, macam blog aku ade mata pulak kan nk tengok anasir-anasir yg jengah kat sini. ape aku merepek

aku macam dah lupa ada blog. aku mcm dah lupa ada tumblr. semua aku dah ketepikan. password , habuk aku tak ingat padahal aku baru create bnda bnda gitu wktu aku brumur 16 tahun. dan lebih pelik lagi myspace yg bzaman plus ym yg berabad tuh, masih melekat lagi memori password dia dalam otak belah kiri aku nih *tak ade kaitan* hai, hari ni dah raya! *baling mercun pop pop* dan aku tak xcited untuk itu. dan aku still bertenggek depan komputer mcm kelawar yg tak jumpa jalan pulang ke gua sbb nak tidur. and tibe tibe rse mcm inilah time efisien nak update blog yg makin suram utk hari raya yang suram. Eh? mungkin entry akan terasa agak janggal drpd biasa.

Ramadhan?
hari nih hari pertama raya. tiba tiba rasa sebak. dan kalau tanya aku berjuta juta kali, aku mmg sebak nak tinggalkan ramadhan tahun nih. tak tau kenapa. mungkin aku tak sambut dengan tak berapa nak meriah tahun nih. dan mungkin sebab tuh raya aku pun turut tak meriah. sungguh aku rindu solat tarawih wlaupun dulu kalau wktu sekolah kalau boleh , mmg nak elakkan. lebih sanggup tidur kat tepi drpd berdiri utk solat. dan ramadhan thun nih, aku rindukan itu. suasana solat terawih. second, zikir sbelum berbuka. ada jugak yg berdoa sbelum berbuka. ada org yg mnegur kalau kita bersembang. tpi sekarang, itu semua tak ade. tak ade yg mnegur, tak ade yg mengingatkan. semua berbalik pada diri sendiri. nak buat atau tidak? baru tau kenapa dulu cikgu cikgu sanggup main kejar kejar dengan kami semata mata nak suruh pegi surau.

Syawal?
syawal aku tahun ini ala kadar.Seadanya. pakai ape yg ade. baju, kasut semua tak penting. cuma harap org yg aku sayang sentiasa ada. banyak benda yg jadi dalam bulan ramadhan. sedih, gembira, takut, semua ada. bercampur baur. tak tau kenapa tahun ini dugaannya besar utk aku. mohon ditabahkan hati untuk dugaan yang bakal tiba.

untuk hari raya tahun ini, alhamdulillah tiada tekanan. raya aku tenang. raya aku tak serabut. tak ade buku yg harus dibaca, tak ade fakta yg harus diingat. tak ade formula harus dilancar. exam pun sebelum raya, dan aku harap exam itu mendatangkan kejayaan. hari ini hari raya. apa yang aku harapkan, kemaafan dari semua orang. segala salah faham mohon dilenyapkan. segala tutur kata yg tidak sedap didengari, mohon dimaafkan. segala perbuatan yg silap, minta dilupakan. segala makan dan minum yang tak disedari terambil dan termakan, mohon dihalalkan. raya tahun ini memadailah aku ada ibu bapa yg aku sayang, kakak, kawan-kawan yg selalu bersama dan lain lain lagi yg pasti terlalu ramai untuk aku sebut. aku hargai kamu semua dan bersyukur mempunyai kamu semua dalam hidup aku selama 18 tahun ini.olehh itu, SELAMAT HARI RAYA.semoga aidilfitri tahun ini akan lebih bermakna...



 assalammualaikum :)




Berbuka puasa

Assalammualaikum penduduk Bumi,

Pejam celik, kenyit mata, tutup mata, bukak mata, pejam balik mata tengok tengok dah 15 Ramadhan. Cepatnye lah masa nih berlalu. Dan tgok tgok aku pun hampir exam dan satu habuk buku dan fakta bagaikan payah nak melekat dalam otak aku yg tepu nih. Ok, abaikan cerita exam yg smemangnya sangat seram bagi pelajar yang suka bermain dgn riang gembira speti aku. Ehem, aku akn mulakan short entry aku di pagi yg hening ini !

Berbalik kpada crita sbenar, hari nih aku dgn segerombolan kawan-kawan aku berbuka puasa bsame-same.  Gembira tak payah nak cerita. Mungkin dah lama tak bergosip dgn mreka, atau mungkin dah lama tak bergurau senda dgn mreka mmbuatkan kgembiraan aku bertmbah ke thp pling maksimum. Hoi, rindu koranglah ! Mohon terharu oi. Jumpa-jumpa je, aku mcm kera hilang anak. Mnjerit smpai tekak aku masih lagi sakit-sakitan sampai sekarang. Uhukuhukuk.







Kesimpulannya, aku gembira tgok korang smua dah ada haluan masing-masing, cita-cita masing. Tak sngka masa secepat motorbot. Terasa mcm semalam berhempas pulas dgn korang, stay up mcm org gila dek spm. Huhuhuhu, tsedihlah pulak. *hembus hingus* Okeh, dah tak mmpu ckp bnyak bnyak dek mata yg dah semakin ttutup rapat. Di sini, aku, sebagai rakan mendoakan yg terbaik dalam cita-cita korang, belajar baik-baik dan semoga kita semua akn berjaya dpt ape yg kite impikan. Don't give up, friends ! Assalammualaikum :')

Hari-hari puasa

Assalammualaikum,

Selamat datang ke blog berhabukbersawang.blogspot.com. hari ni baru ade kesedaran diri nak update blog.cerita memang berkati kati aku simpan kat dalam kocek baju aku . tpi mcm kterlaluan nak sumbat segala nenek moyang dalam blog usang kesayangan aku nih. nnti ttibe ade org lempar kata kata berbaur cercaan "adeWwwwW AkO KeCahhh " K, memualkan taip sebegitu rupa. Dan aku pun cuma mnumpang belas ihsan wifi kedai makan nak melakukan hal yg berkaitan laman sosial wlaupun kedai tuh dah saling tak tumpah macam rumah kedua aku. haha, terima kasih kedai !!

Alright, start......

hari ni kiranya dah genap seminggu berpuasa. dan tahun nih agak kelainan sikit mmndangkan semua kne buat sndiri. msak sendiri, kejut diri sndiri dan paksa diri sndiri utk bngun sahur, itu sendiri ini sendiri dan bla bla bla sendirian berhad. haha, hamikmu jannah ! slama nih aku menganga je lebih. skali setepuk semua kne buat sndiri. Tapi, terima kasih kawan kawan ! Sudi ajar aku segala serba serbi wlaupun aku berfungsi sebagai penyemak di dapur yang kecil.Thehehe :)

Setakat nih puasa kat tmpat baru tak terasa letihnya lagi.Mungkin baru sminggu puasa. atau mungkin sebab aku diperam dalam kelas yang bersuhu hampir mencecah -3 darjah celcius yg mnyebabkan aku mnjadi parkinson sebentar. Uhukuhukuhuk. tertanya tanya aku. penyaman udara kat dewan tuh mmg tak boleh tinggi sikit ke suhunye. darah melayu jati mcm aku mne sesuai dengan iklim sejuk *ttibe* sebetulnya, tak ade langsung cerita menarik.kehidupan aku berputar seperti biasa. bangun, pegi kelas, sembang, gelak, buat keje, study, tidur dan begitulah hari-hari seterusnya. Hmmmm :|

Okay, aku tiada cerita.Otak buntu.Bye !


Btw, salam Ramadhan al-mubarak :) 

Hai MSU.

Assalammualaikum ,

Hai tempat baru.Hai kawan baru.Hai katil baru dan semua benda yang dah serba serbi baru.Hai MSU yang masih baru.Fuhhh, intro macam sakai.Abaikan.

Alhamdulillah.Dah cecah 2 minggu kot aku study dkt MSU yang permai lagi damai walaupun dduk tepi highway yang dipenuhi lori lori balak yang melintas dengan ganasnya.Tapiiiiii….. so far so good lah kot di sini walaupun duit aku keluar macam air terjun.

Study? Sekarang nih aku amik foundation kat sini. Ksimpulannye, study sini best.Foundation banyak ulang SPM punya dan sangat SENANG. *bohong* Aku amik 6 subject tapi terasa macam amik 21 subjek *bohong lagi sekali* Math pulak aku tak tau knape senang sangat macam soalan darjah 1 *bohong tahap teruk* Biology pulak, hmmmm…. Insyaallah boleh wlaupun kdg kdg tuh aku agak terpinga pinga. Campur dgn tabiat main main aku lagi tak taulah gi mne remannya result aku. Wake up, Jannah ! Dan kawan kawan aku pulak bgaikan ensiklopedia. Smua pngetahuan am dorang tau. Segala macam bakteria dorang tau, tapi aku….Krik krik Krik Krik bunyi cengkerik.  Kira mcm bonus dpt kwn mcm korang. At least, terisi jugak otak aku dgn segala mcm ilmu bermanfaat yang korang tau.  Hehe, peace !

Hidup aku kat sini mcm bertukar sperti Transformers. Trpaksa buang jauh jauh zman skolah. Tak ade air scawan 50 sen. Takde nasi goreng rm 1 spinggan. Tak boleh menggila lagi sperti dulu mmandangkan ia akn mnjadi sngat aneh dpandang org wlaupun kdg kdg tuh agak susah nak me-nyahkan tabiat gila yg dah lama mnetap dlm diri. Hew hew. And and aku pulak still terikut ikut dengan sekolah di mna aku msih mmanggil lecturer sebagai cikgu. And and aku still mnyesuaikan diri dgn segala mcm benda baru kat sini. And and aku masih terkejut badak memandang semua buku yang seakan akan mengajak aku tidur bila membukanya. Tak hado mind map. Tak ado gambar. Tak berwarna warni. Aku pulak sperti lost, tak tau mne satu isi pnting, mne satu isi tak brape nak pnting. Campur dengan info dia meleret leret mmg buat aku ZzzzZZZzzzzz.  Doakan aku dapat bertahan dgn subjek subjek cenggini :’(

Kawan ? Alhamdulillah, semua kawan kawan aku di sini baik baik belaka. Senang nak masuk dengan mreka. Baru jmpe bbrapa hari tpi mcm dah knal bertahun. Kagum btul aku dgn korang sume. Cekap cekap betul. Pinjam otak boleh tak? Hehe. Dapat pulak housemate yang bingit bingit memang awesomelah. Tak hadolah aku je yg xcited berjimba sorang sorang. Bersabar jelah dpt kwn mcm aku nih ye ^^ Lastly, aku harap kite smua berjayalah nanti dapat jadi doktor dengan doktor mata. Yang terobang ke uk tuh jangan buat buat lupe pulak ole ole utk aku. Ipad sbijik pun dh mmadai *wink wink*

Okeh, cukup. Entry agak selekeh dan tnpa gmbar. Maklumlah, wifi kat sini mmg laju gilelah kan nak upload sgala mak nenek gmbar. Nah, hamik mu entry hambar dari aku. Sekian dan assalammualaikum J



Cakap Kosong.

Assalammualaikum .

Sejak akhir akhir nih, status nak sedih sedih je.Hiba betul dengan diri sendiri.Rasa nak pindah ke bulan je nak mencari ketenangan abadi.Bosan betul dengan ayat pasrah pasrah.Forget it! Alright, aku pun tak paham kenapa dengan kerajinan yang mnerpa dalam diri aku nih nak update blog cuaca terik panas gini.Mungkin sebab aku nak further study dah esok.Please say bye bye to me.Buat farewell party ajak Zayn malik pujaan gadis gadis dtg sekali. Nahhhh, come on jannah.Kecelaruan-dalam-diri is a normal thing to a 18-years-old teenager like me.K,bkn sebab tuh sbenarnye. Ahhhh, jibek. Aku pun tak boleh nak explain banyak.Semakin buntu aku.Titik.


Sejujurnya, aku nak bersekolah balik !

Selepas lepas ini, mungkin aku akan keluar dari kepompong laman laman sosial yang bnyak melalaikan.Memandangkan aku akan potong internet connection yang dah lama bersarang dalam rumah aku nih.Memandangkan tiada siapa akan guna si internet selepas anak anak muda seperti aku dan kakak aku akan jarang dduk di rumah.Tinggal mak dengan abah aku shaje yg mnetap tetap di rumah.Maklumlah kan, orang orang dewasa mne layan twitter, facebook dgn segala kejadah online game nih.Melainkan bakal bakal orang tua seperti generasi aku nih dah masuk usia emas still layan lagi bnde bnde gini, wallahualam.Makanya, duit duit nak bayar segala mak nenek internet plus bil telefon nih bolehlah disalurkan ke aku.Lagi bagus.Memandangkan aku dah agak bersikap mata duitan sekarang, jadi aku tak membantah keras hal pemotongan internet walaupun aku dgn beliau dah mcam pen dengan dakwat.Mata duitan terhadap duit sendiri, bukan mata duitan kikis duit duit sugar daddy. *statement ttibe*

Aku nak berundur ke umur 17 tahun.Boleh?

So yeahhh, terfikir jugak.Duduk kat rumah bolehlah dikatakan suku hidup aku dilaburkan kat laman sosial.Lifeless much.Lepas spm, aku tak bkerja.Bukan malas.Tapi, sebab aku agak xcited nak kerja wktu dah abih spm ari tuh.Dah macam sbulan dduk rumah tuh, mcm lnyap angan angan aku nak kerja, carik duit xtra nak beli rumah agam katanya.Dah kira setengah tahun duduk rumah, baru terasa hidup aku kosong kosong kosong~~ *irama najwa latif* Tanpa buku, tanpa stress, tanpa segala beban dalam kepala otak.Hidup cuma bersantai santai di hadapan pc sambil meneguk sejag air teh manis sambil beronline dan akan pergi ke kelas mmandu pada hari yg dtetapkan.Lepas dah dpt lsen,putaran hidup dimulakan kembali dengan online tanpa henti.Sangat bosan.Sungguh aku kata.No lies.

Baik.Hari esok dah nak sambung study.Dalam kepala otak dah berangan nak genggam 4 flat.Aku harap azam aku nih tak terhenti dan dibiar tergantung jelah.But, whatever it is, i try! Mungkin selepas ini aku akan lebih berkecimpung dalam kehidupan sbenar dan bukan lagi di alam maya. Ahakszzz, ahakszzz bajet kawan internet ramai je aku padahal duduk online bukan bersembang sangat pun dengan orang.Dan mungkin aku jarang dah nak bercerita kat blog usang nih tapi aku make sure aku tak nak blog aku jdi mcm rumah hantu mcm myspace.Well, aku sayang blog aku walaupun aku diibaratkkan cakap sorang sorang kat sini.Pedulikkan.Dah nme diari mmg kne simpan sorang sorang.Kalau ade yg ter-view blog bunga bunga cinta aku nih kau consider jelah kau insan tak berapa nak bertuah sbb terbukak blog yg smemangnya tak bagi ape-2 faedah pun.hehe, peace.K, aku tak reti nak bercerita panjang panjang.Sbb blog diari online terpaksa lah tulis banyak bnyak konon-konon ini luahan hati.Bhahahaha, puihhhh.Terasa geli dengan tulisan sendiri secara tiba tiba.Insyaallah, aku akan datang menjenguk ke sini nak bercerita pasal kehidupan baru, kawan baru, katil baru dgn segala bnda baru kat msu tuh.Maklumlah, budak baru belajar masuk U lah katakan (T.T) Sampai di sini sahaja, assalammualaikum.


Gua tak tau kenapa, tapi mmg gua suka senyum ini macam.Chawww !

Selamat Datang.

Assalammualaikum pembuka bicara.

Tetiba terasa rajin nak mengupdate.Tapi mungkin entry terasa bagaikan sampah sarap kerana ketiadaan idea.Oyeahhhhhh.Mungkin ini entry untuk warm up sebelum masuk study.Memandangkan aku tak nak online 100 hari 100 malam bila dah start belajar *bohong*




.......................... *krik krik krik*
Skarang nih nak cerita pasal berita semasa Jannah jeng jeng jeng.Tak kurang seminggu nak melangkah ke alam pelajaran.Sumpah otak dah keras macam batu, statik tanpa berputar.Orang tanya 1+1 pun nak capai kalkulator.Kalau kau tanye logarithm, mau jugak aku cangkul balik otak aku nak mengingatkan topik tersebut.Gi mana jelah reman aku nak meng-setkan balik otak aku ke mood menghafal dan membaca nih :|

Buat masa skrang, aku sedang gigih nak menyiapkan segala borang-borang yang boleh dianggarkan tebal macam kasut tumit 3-4 inci.Dan,alhamdulillah tnggal sikitttttttt je lagi dan siappp ! Iteww amik pinjaman mara dan borangnya boleh tahan susah jugak nak isik.Sumpah rase macam blur.Ke aku je sorang yang agak kebengongan nak isik? Bak kata mak aku, "mmglah kne isik banyak bnyak.Ingat senang orang nak bagi kau duit puluh puluhan ribu gitu je?" Kau hengat ini hutang hutang majalah Kuntum waktu sekolah rendah duluuuu ? *dialog petik sndiri* Actually,terasa agak bersemangat sbenarnya nak sambung belajar.Fuhhh,macam tak percaya aku cakap gini.Tak tahu kenapa.Mungkin sebab orang sekeliling.Mungkin sebab dah bosan duduk menghadap Twitter dan bermain game sepanjang hari.Mungkin...mungkinn..Ahhhhhh, yang penting aku bersemangat.Itu dah cukup bagus.

Kepada kawan kawan tak kiralah pelusuk mne kau duduk waima di dalam ceruk gunung Alaska *pakai hentam* aku ucapkan korang berjaya.Selamat menuntut ilmu.Maybe kita semua tak dapat nak bergumbira macam dulu.Main tuju kasut dan berlari lari mengejar bulu tangkis di waktu petang.Bergosip gosip sambil makan maggi perisa kari.Atau menengok movie sambil berhimpit himpit antara satu sama lain.Dan duduk di belakang kelas semata mata ingin meninjau si kaki yg sedang menyapu di koridor *Credit to Qilla.Dan membuat segala macam perkara sakai seperti berphotoshoot di tepi tahi lembu dan melompat lompat keriangan di tengah tengah jalan raya walaupun kereta bersimpang siur.Semuanya aku rindu.Harap tak lost contact and i try my best to keep all of you, you and you in my mind.Cehh, entry nak jugak selit quotes antarabangsa.Pikir kau orang putih?

Lastly, BYE EBERIBADI.Sungguh kurang ayat ayat aku dalam belog ini semenjak dua menjak ini.Update later with long long long entry.Tratatatatatata!

hai, nama saya mrs.Annoying.K.








Hai Dunia Baru.

Assalammualaikum,

Dah lama tak datang ke sini apatah lagi menulis entry baru.Buat apa? Cerita cerita kosong toksah dikongsi.Simpan dalam otak saja dah cukup.

Dah masuk bulan Jun.Matahari masih memancarkan sinarnya.Aku,masih lagi duduk menetap di rumah mneruskan sisa sisa hidup sebagai lepasan SPM.Lepasan SPM? Terasa basi pula mmandangkan ramai sudah orang sebaya aku masuk ke U,matriks dan lain lain.Alhamdulillah.Lepas bnyak kekeliruan,kecelaruan yg dterima bertubi tubi selepas keputusan matriks dan UPU keluar dtambah dgn bermacam macam biasiswa/pinjaman yg dpt, akhirnya kawan kawan dan trmasuk diri aku aku sekali dah dapat buat pilihan.Yahoo!! Serius aku tiada cerita.TIADA.

..........,.........................................................,

Cerita latest pasal aku.Perlukah tahu? Persetankan.Hahaha *gelak setan* Aku akan masuk MSU jurusan medic.Terima kasih MARA! Sesiapa yang sama dgn aku? Angkat bahuuu! Angkat bahuu! Kira kiranya tambah tolak aku duduk rumah lebih kurang dalam 2 minggu begitu.

Perasaan?
Gembira.Sebab aku dapat U yg agak dekat sdikit berbanding tahun lepas.Tahun lepas aku tercampak ke Kedah.Tahun ini UPU dapat kat unimas.Terperanjat gegirl tau.Seronok sebenarnya dapat jauh.Nanti dapat berjalan ke negeri yg berjiran,Perak,Penang dan Perlis.Makanan mmg tahap terliur.Balik ke sini,badan seperti Doraemon.Sampai skarang aku rindukan utara.Orang Utara,sila terharu oi.Hew hew :3 Walaupun sakit sendi dan urat aku duduk dalam bas berjam jam.Hoho,aku naik bas sahaja,no no kapal kapal terbang.Jimattttt! Duduk jauh jauh kne sayang duit lorhh.Buat pulak untuk orang yg suka mmbazir macam aku ni.Mmg tak boleh kalau duit RM 50 dalam tgn.Lesap macam habuk aku kerjakan.

Target.
Target aku tahun ni mmg banyak.Antara tercapai dgn tak tercapai je.Keazaman aku ni bukan boleh sangat.Cepat goyang dan rapuh mcm tiupan angin bayu tepi pantai.Fuhhhh.Dah masuk U,semua org klafikasikan sebagai budak dewasa.Cett.Duhhh,come on man and woman.Muka dewasa otak masih cerita Barbie.Untuk pencapaian akademik,aku nak merasa pointer yg kebabom.Insyaallah, 4 flat.Babe,aku tak pernah merasa kot four four nih.Woiiii,kempunannnn.Aku ini.Target mmg nak tinggi.Tahap bermain main wktu blajar gitu gak.Bersuka ria mcam exam 80 tahun akn datang.Hmmm :|

Lagi satu aku nak menabung.Buat masa ni,aku tak ade lagi barang impian yg aku nak.BUAT MASA INI jelah..Handphone Nokia 1600 aku masih tahan dan brnyawa walaupun ada sisa sisa calar yg mmenuhi anggota badannya.So,segala nenek iphone,android,blackburrryhh rasanya tidak dperlukan.HOHOHOHOHO.Nampak kedekutannya tang duit di situ? HOHOHOHO.

Ini baru warming up.Perghh,kemain.Letak target dua je dulu.Sedikit sedikit lama lama jadi bukit *tiba-tiba*

Persiapan.
Persiapan tang ape?Fizikal dan metabolisme? 2 minggu lagi.Chill lah kejap.Packing barang harus last minute.Kna tempik sikit,kne marah sikit baru lah thrill.Tinggal barang,meraung macam mati laki.Itu perkara biasaaaa..Dah merasa duduk asrama 2 tahun.Ke 'homesick'an mungkin kurang.Puihhhhh.Tak kurang kot.Aku tetap homesick.Tempat mana yg boleh mnggantikan rumah? Tempat yg penuh snang lenang.Tempat yg selesa yg tak perlu nak cover cover kentut.Tmpat yg punyai paling selesa tmpat tidur.Cisss,aku pasti rindu.Tak kirraaaaa! Yg pasti,mesti bakal sibuk.Yeah,aku dapat rasakan otak aku akn berjalan kembali.Mengingat segala macam bnda dan mnyumbatnya dgn pelbagai fakta di saat saat akhir exam.Like a boss~ Huh,aku rase last minute mmg dah sebati dalam diri -,-


Mampukah aku jadi doktor tor pada masa akn datang? Hmmmm :\

Sudah cukup sudah.Sampai di sini saja~~~~~ Mmori daun pisang~~ Kepada kawan kawan dan jugak diri aku, selamat belajar.Jangan lupa kawanmu di sini walaupun dah ada kawan baru.Nanti kalau lupa sama aku, memang aku baling kereta sorong satu buah kat muka korang.Baru kau tahu erti kesakitan.Ngeh Ngeh Ngeh.Sehingga berjumpa lagi.Salam :)

Hai Sepupu

Assalammualaikum,

Ini cerita semalam.20 Mei 2012.Tapi tak mengapalah kan kalau aku ungkit balik? Hew hew.Oryte,kita mulakan.Semalam,aku meng-follow sepupu kesayangan aku nih pegi konvokesyen die kat UITM Shah Alam.Huu,what can I say,man? Rase bermotivasi bhai! Buat pulak ade yg trima anugerah mcm mcm, membara je smngat nak jdi mcm doreng.Bolehkah aku? Tgok org pakai jubah,pakai topi *ehh,topi?* pegang gulungan kertas tuhh.Rase mcm berilmu wei.

Yg dulunya utk graduasi form 5 dulu, aku pakai ini : 


See? Tak lengkapkan? Iteww pakai jubah sahaja. Nak topi jugak! Nak topi jugak!

Now, INTRODUCE! The graduate doctor with the muka entah apa apa.Hamik kau.Kemain bersemangat aku menyarung jubah bersama topi die sekali.Terasa macam dah pegang pangkat Professor pulak.

Cara pose: Sengetkan bahu anda
The scenery at the outside..

random people #1

random people #2

random people #3

random people #4

random people #5
You-Know-Who

And, the last but not least, my beloved cousin

CONGRATULATIONS KAK NURUL :)

With her friends.Conrats to you too, kakak :)
Memandangkan ade beberapa rakan terchenta aku dah mendiami UITM Shah Alam, jadi seorang rakan yg baik, akan datang menjenguk.Paham tak putar belit ayat aku nih?

Meet them! Irah and Trah. Trah tak hado dlm pic :'(
Fiuhh,bile dah lama tak jumpe, mmg aku terasa hyper.Seronok tak boleh nak diceritakan.Mmg kerja aku,tergelak,tersengih je jumpa diorang.Bukan nak bergosip aku nih.Apa pun tak boleh =.=' Layankan ajelah perangai aku yg tak berapa nak betul nih,kawan kawan! Okeh,setel update belog.Bukan selalu nak rajin rajin.Have a nice day eberibadi!




Blog?

Assalammualaikum,

Ape khabar penduduk bumi? Huu,rase tak pcaya dalam kepanasan campur kehangatan yg ada bile duduk depan pc petang petang mcm nih buat aku rase unbelieveable nak hupdate blog.Sepatutnye aku harus duduk berehat and main game PLANTS VS ZOMBIES like a boss smbil minum air yg berais.Perghh,kenikmatan jelas terasa! Tolonglah mengerti mcm mne kesedapannye.

Kedinginannye.Pergggghhhhhh!

Tajuk entry BLOG? Pendeknya tajuk.Ringkasnye tajuk.Adekah otak sudah malas utk berpikir utk bagi tajuk yg panjang? Persetankan semua persoalan itu. Like you know, padahal-tiada-siapa-pun-nak-tahu, me is seorang lepasan spm 2011 dan masih mnunggu giliran utk pergi smbung blajar, penganggur sejak bulan Januari dan seorang budak yg tiada pndapatan tetap mahupun wang utk berfoya foya jauh sekali utk berjimba. Jadi, 90% kehidupan lebih kepada si cinta muka buku, tweet tweet and blog blog. 10% lebih kepada kehidupan luar. Forever alone? *troll face.gimp*




Okey,abaikan intro di atas.What?! Perenggan yg tidak lebih 120 patah prkataan tuh intro? Rase nak langgar aku pakai kereta sorong tak? Ha-Ha-Ha. Sebenarnye, aku baru korek korek blog nih.Kononnye nak tahu lebih mndalam padahal dah merepek kat blog selama 1415456 tahun dah.KONON~ And then, aku jumpa satu entry. Page pun ade. Lepas tengok page dgn entry nih, baru aku tringat sbb page dgn entry nih lah aku terjebak dgn blog smpailah skrng. Hikhik.


chapter yg paling mndapat sambutan wktu form 3 dulu. Kemain lagi kau ye
This link --> BIOQURAN 

Link bukan sebarang link.Ini link AHMAD ALBAB yg punya! Aku ni dah kenapa? Dulu-dulu, aku memang tak suka nak bgaul dgn laman laman sosial.Itu dululah.Sekarang dah dewasa, lain dah tabiat aku.Dewasa? *batuk darah* Blog lagilah aku tak amik port. Aku rase dulu aku bukak blogsepot spot sebab nak copy and paste benda benda yg ade kaitan dgn pelajaran aku. COPY--> PASTE --> PRINT . Kan bahagia hidup seorang pelajar tuh? Sampailah waktu my beloved Biology teacher sruh buat tntang kaitan biology dgn Al Quran. Interesting kan? Cikgu aku bagi option nak buat slide or blog. Dan ini pulak tugasan waktu Hari Raya. Mmg kemalasan tahap melampaulah aku ni time Raya. Dgn ilmu tak brape bnyak dlm Power Point, mmg rase mcm asdfghjkl je nak buat express pakai slide. 


Masuk ke Blog.Aku........menjadi jakun sebentar

THE SOLUTION...aku buat blog sahaja.Padahal ilmu nak buat blog zero jugak! Dgn perasaan ingin tahu cmpur kebluran aku pun buat blog. Dgn designnye aku tak tahu mcm mne nak buat. URLnye lagi. Ilmu HTML jauh sekali.


First impression from me : KOD RAHSIA APE NIH WOI?!

Last-last aku letak URL nye nama aku --> JannahSalleh.Habis cerita Perghh, sekali pandang url mmg rase tiada kena mngena dgn tajuk yg aku nak kemukakan ni. Jannah, Y U NO letak biologybest.blogspot.com? Kan ade kimianye tuh dgn Biology. And sebab itulah aku, sampai sekarang hado blog.Kalau tak, aku rase smpai aku tua dahbercucu cicit aku takde blog. Sebab aku mmg tak suka cuba bnde baru. Sebagai cntoh, kalau aku start main game Mario, aku main jelah game Mario smpai muak, smpai jemu. Mario game lama? K,tukar  game lain, Angry Birds. Game lastik lastik.

Lastly, sampailah sekarang aku guna blog yg asalnye Bioquran jadi blog persendirian.Jadi tmpat peribadi.Sesuka suki aku je menukarnye.Sekarang,jgn tanya mne pergi blog Biology yang aku cipta waktu form 4 dulu. *troll face again*






Segmen : Tambah follower twitter

Assalammualaikum,

Tadi aku blogwalking dkt blog yang penuh Hello Kitty nih ade buat segmen untuk peminat abang burung biru.Ewahh,abang ye tak?Mcm menarik.Mohlah join kawan kawan.Meramaikan kawan kawan !




Hmm, kalau nak tau ape ape mari serbu ini link.Sila pandang bawah,

Taraaa, link ini-->  http://eyfaaliasstory.blogspot.com/2012/05/segmen-tambah-follower-twitter.html

Lepas tuh,kne sertakan twitter anda sekali.Okeh, ini akaun burung biru saya.Oh,link twitter saya.

Twitter --> https://twitter.com/#!/JannahSalleh

Lastly, kne tag dua org.Oryte nak tag org ksayangan nih

Mrs.Hyda http://hydalicious.blogspot.com/
Mrs.Mid http://asitiamidza.blogspot.com/

Oryte,DONE !

MARA.


Assalammualaikum,

Air liur basi aku sapu.Baru aku ingat hari ini hari apa! Tangan ligat mnekan suis suis utk menghidupkan komputer berserta internet.PLING! komputer terbuka.Tgn aku dgn pantas meng-click Google Chrome.Penantian aku semalam,penungguan aku semalam, mesti aku ketahui. PASTI! 

Yeahhhh, ape yg aku apply aku dapat.Wuu, aku rase inilah first time ape yg aku apply berakhir dgn snyuman.Selalunye berakhir dgn keluhan je.Semalam,dari pagi buta ke tgh hari ke petang ke malam aku tunggu.Akhirnya,akhirnya aku dapat *muka tsenyum lebar nak mampus.jpg*

Ramai jugak yg tanye.Ehh,ramai ke? K,sederhana ramai.Why baby why? Why? Why? *tipu ah pnggil aku baby* Tak amik luar negara?

Hmm,buffering jap...........Pikir sejenak sejenak.Yup,overseas impian aku.Cita cita aku.Aku tak rase impian aku sorang je nak gi negara luar.Cepat ngaku oi! Cangkul kepala kau kang! Hoo,tergarang pulaks.Aku nak main salji,nak buat org salji,nak buat rumah salji.Huu,ape ini matlamat aku? Nak main salji saje. K,tukar.Gi overseas nak timba ilmu,nak tgok budaya org lain,nak mrasai culture org lain. Ha, ni baru betul.Tapi,aku rase aku nak smbung dalam negara tcinta,Malaysia sbb aku tak yakin dapat utk luar ngara sbb kalau luar negara kne intrview.Kne cakap BI.Kne pandai bbicara.Haku ini? Cakap boleh for BI.Tapi kegagapannye campur dgn kegelabahan aku sekali mmg berterabur lalu mnjadikan interview aku mnjadi haru biru. Shoo sad. Tapi, nebermind. Nanti aku try praktis berbicara omputih smpai pro smpai Harry Potter tak boleh lwan kefasihan aku.HOHOHO. Overseas,overseas,overseas. Mmg smua org mngidamkanmu termasuklah aku. Tapiii,tak mengapalah. Kalau ade peluang, ade rezeki masa akn dtg, InsyaAllah dapat pegi.Tak dpt pegi blajar,pegi melancong pun dah cukup.Huh, tinggi betul angan angan aku (-.-)"


Alhamdulillah :)

Ape yang aku nak,dah dapat.Ape lagi lepas ni? Belajar betul betullah ! Jgn hado boyprengggg ! Kata kata emakku. Wuu,  zaman bila aku ado boypreng? 

To the matriks and IPTA, Unimas mas mas, 


Matriks pilah dan UNIMAS yg berada di Sarawak.Besar kemungkinan aku tak pegi.Aku bersyukur dapat UPU dlm bidang yg aku nak.Tapi, ade bnyak sebab musababnye nape aku tak pegi.Tapi, setiap bnde tak kisahlah asasi, diploma, form 6 ke smua ade kbaikannye.So, tak kisahlah mane mane.Asalkan itu pilihan kita, mesti kita gembira nak belajar. PEACE!


Hari Guru.

Assalammualaikum,

Di saat kipas dalam kadar kelajuan yang sangat tinggi di musim panas ini,aku menulis entry.Entry untuk Hari Guru.Kelmarin sudah selesai utk Hari Ibu.Guru dan juga Ibu.Antara insan penting yang telah mngisi hidup aku selama 18 tahun bernafas di atas muka bumi ini.

Kita sambung lagi *inhale dan exhale*

Tahun ni aku tak bersekolah.Pensel dah tak kenal aku.Pen dah segan dgn aku.Calculator dah malu malu kucing dgn aku.Pembaris yg mnjadi BFF ever after aku pun dah mnjauhkan diri dari aku.Apa ini? Ohh,abaikan mereka.Mulakan cerita aku.Aku ade bnyak cikgu.Dari aku ber-tadika smpailah ke sekolah mnengah.Dari tinggi aku paras sinki smpailah tinggi aku dah paras pintu.Ade yg aku ingat.Ade yg aku dah lupa.Tapi,InsyaAllah ape yg dorang ajar tak pernah aku lupa.Terima kasih untuk ilmu itu,cikgu.

Terima kasih cikgu utk...

Sentiasa berada di sisi saya smasa saya sdg kbuntuan dlm plajaran
Sentiasa mmberi saya smngat swaktu saya sudah bputus asa
Sentiasa mndengar sgala macam msalah saya wlaupun cikgu sngt sibuk lgi busy
Sentiasa ada masa utk mngajar saya swaktu sdg bholiday
Sentiasa mncari idea utk buat kmi brasa sronok utk blajar
Sentiasa ada kata motivasi yg terbaik utk murid muridnya
Sentiasa sabar dgn sgala macam ragam kami especially utk murid mcm saya

Dan yang paling penting...

Sentiasa mmberi yg terbaik utk kami kami kami kami semua

There it is.Some of pictures yg dicurik diambil from facebook Cikgu Hashim.Love you,teachers :)

Cikgu sekolah rendah 2001-2006 ( SEK KEB PUSAT JUASSEH)

kanan : Cikgu Jalal
 tengah: Cikgu Jamlus

Ustazah Kama and Cikgu Hashim :)

Cikgu Math wktu darjah 1,Cikgu BM waktu darjah 2 Cikgu Norlela

Cikgu Hashim
Teacher Harizan

Cikgu sekolah menengah 2007-2009 (SMK BATU KIKIR)

Teacher Tan Sao Khim, my beloved Science teacher and mentor :)

Cikgu ERT, Cikgu Mahawa :)

2010-2011 (MRSM PENDANG,KEDAH)

Cikgu Ariffin
Cikgu Add Math yg awesome,Cikgu Wafi :)
Cikgu Sejarah yg bnyak mngajar displin, Cikgu Shokri :)
Cikgu Biology yg sngat dikagumi, Cikgu Anas :)
Cikgu Physics dan homeroom yg sporting,Cikgu Adri :)

Sorry,tak banyak gmbar yg ade.Tapi muka cikgu smua ada dlm hati saya.Dont worry.Hee :) Hari ini 16 Mei, Hari Guru saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yg mngajar saya.Maafkan segala salah dan silap.Halalkan segala ilmu yang diberi.Doakan saya supaya saya dpt mncapai semua impian saya dan sntiasa meraih kejayaan di dunia dan akhirat.

Lagu untuk Cikgu :)

                                           


Anak Didikmu,

Jannah Salleh