Memories #2 : Foundation MSU



Assalammualaikum …

Kali ini cerita di zaman kolej. Foundation aku di MSU dan pastinya sistem pembelajarannya saling tak tumpah sama macam foundation kat tempat lain.

Tentang belajar?

Firstly, semester  1, aku kena ambil subjek ini : Biology, Malaysian Studies, Health Science, English for General Proficiency, Mathematics  I dan Co-curriculum I. First impression, rasa macam gentarrrrr bila 
adanya subjek subjek Yang kalau kau tak baca, kau fail. Tapi.. study last minute tuh tetap gak buat ;p

Semester 2, this subject ! Basic Anatomy, Physics I, Chemistry I, Co-curriculum II & Mathematics II. Sudah mula tough subjek subjeknya. Lagi tough untuk aku sebab kehadiran subjek Physics di situ. Arghh, aku memang tak boleh kawan karib dengan Physics sejak dulu sebab subjek tersebut pernah punah ranahkan result aku pada suatu ketika dahulu K Semester ini, aku start mengambil kopi untuk kesegaran berterusan waktu study ( penangan study last minute lagi)




Semester 3 menjelang bersama sama dengan subjek baru; Basic Genetics, Chemistry II, Introduction to Computer Science, English for Academic Purposes & Islamic Studies. Subjek sem ni kurang perit sebab ketiadaan ilmu hisab. Sedia maklum, aku nih termasuk dalam golongan yang suka kira duit tapi benci matematik jadi aku boleh menerima subjek membaca ini dengan lapang dada.

Tentang tempat tinggal/hostel?

Aku menetap di seksyen 15 dan akan ada bas yang mengangkut kami ke MSU. Lokasi tempat tinggal aku nih memang tak memungkinkan aku nak berjalan kaki ke MSU. Memang jauh wa cakap lu ! Untuk foundation, rumah + bas dah disediakan oleh pihak Mara. Jadi, kami tinggal duduk dan belajar. Tapi untuk waktu foundation ajeee. Bila dah masuk degree a.k.a umur kau dah nak masuk sweet 20, kau dah kena merantau pergi cari tempat lain untuk berteduh (T.T) Dulu, kat seksyen 15 nih, kami suka makan dekat Mr Sambal. (Promote ! Promote !) Walking distance dari tempat tinggal kami semua.  Ada sampai satu masa tuh kan, ada costumer Mr Sambal yang kaget melihat restoran tersebut diserbu oleh kami kami semua. Boleh pulak dia kata kami nih pelawat yang melawat sekitar Shah Alam. Huh? Skang boleh bayangkan betapa ramainya kami mengerumuni restoran itu untuk dapatkan sesuap nasi campur?



Tentang sahabat?

Dan pelengkap aku selain daripada semua ini ialah pastinya MARA 12 ! Atau hashtag #MARA12 di twitter! LOL. Mereka ini merangkap teman/jiran saya sepanjang foundation.

Kami…. Kami….

Kami belajar bersama sama,

Semester 2
Semester 3

Sekarang nampak kesan negatif belajar last minute? Makan, minum, tidur semua berlonggok satu tempat ßItulah sebab kewujudan bantal, cawan, sos cili, pisau, pinggan dan se-tupperware biskut hup seng di situ.

Kami berdrama bersama sama,


Kami mengadakan open house raya bersama sama,



Kami bernyanyi nasyid bersama sama,


Nampak apa yang gegirls kena pakai? Purdah beb. Kami mengambil inisiatif pakai purdah sebab nak cover mulut waktu nasyid in case kalau tak tahan gelak, kami boleh gelak di dalam purdah itu dengan safe and sound tanpa diketahui oleh penonton.

Kami berkelah bersama sama,


Kami pergi siapkan task Co-curriculum II bersama sama,


Kami pergi Lorong Haji Taib sama sama, ( Atas urusan belajar yang pastinya ). Berbaur kontroversi pula.


Kami pergi melawat Bird Park bersama sama, Atotootototooo~


Kami pergi menderma darah bersama sama,


Kami jalan jalan di pantai bersama sama,


Dan… kami habis foundation pun bersama sama.


Akhir sekali, aku harap kita berjaya suatu hari nanti pun bersama sama jugak ;) Insya Allah…


Here you go, one of my favourite song : My Wish by Rascal Flatts


My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
Your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.






Memories #1 : Journey Before and After SPM


21 Ogos 2013

Assalammualaikum ..

Whats app yawwww ~ Memandangkan selama ini, blog nih dah macam jurnal kehidupan harian aku rasa macam tak berguna kalau tak diisi dengan pengalaman pahit getir dan asam garam kehidupan seorang manusia. Kemain sangat.

Adakah melambai lambaikan tangan di dalam rimbunan bunga boleh dikatakan pengalaman?

Hmm.. nak cerita experience/ pengalaman memanglah sukar untuk aku memandangkan aku bukanlah seorang pengembara mahupun backpacker. Tapi, kalau setakat nak memberi pendapat pendapat kurang bernas tuh, bolehlah aku usahakan. Wahahahahahahahahakihkihkihkahkahaha.

Ok, kembali menjadi manusia normal K

Kalau nak diikutkan, hal hal yang paling latest berlaku dalam hidup aku yang penuh ranjau berduri nih ialah menjadi salah seorang student untuk Program Foundation kat MSU dalam bidang Foundation in Medical……. (dah lupa ) Sebenarnya, aku dah tamat menjadi seorang pelajar foundation dan dah nak beralih arah ke degree. Ini sebagai flashback/bingkisan.

So, mulakan !

Once upon a time , sebelum SPM….

Bab bab dilema  nih sedar tak sedar dah bermula sejak zaman Form 4 di mana kita harus pilih haluan hidup sama ada kelas Sastera atau Sains atau mungkinkah Akaun? Bila tak serasi, mulalah sesi bertukar tukar kelas sampai wujud bonding dan chemistry dengan subjek subjek yang dah dipilih. Tapi, aku sejak kecil, dah genggam erat dalam kepala yang “Bila dah besar, nak jadi doktor”. For that, I will go for it !! Jadi, waktu itu tak berapa nak dilema sangat dalam pilih pilih subjek dan masih boleh meneruskan kehidupan anak remaja dengan ria gembira.

Ini meja time SPM makin mendekat. Berenang renang aku di celah buku yang bertimbun

Once upon a time again selepas SPM…

Secara jujur dan telus, aku tak pernah terlintas nak masuk ke msu. Biasalah beb. Semua orang target nak pergi overseas. Tak terkecuali aku beb. Aku pun nak jugak gi overseas beb. Tapi, setelah mengalami kekecewaan yang bertubi tubi dari interview untuk Mara Express dan tak dapat IPTA yang menjadi pilihan hati, aku mengorak langkah dan membina kehidupan baru *buat buat posing memandang jauh ke arah lautan luas*

Sedang aku mengalami dilema yang amat sangat, aku mengambil keputusan untuk apply MARA bagi program perubatan  dalam negara yakni di MSU lalu mengenepikan hasrat untuk ke overseas setelah aku sedar tujuan utama aku untuk ke overseas adalah untuk bermain dengan salji semata mata. Kah kah kah. Tapi serious kot, sebab aku teringin nak peluk orang salji (pengaruh cerita Pingu) dan nak feeling tadah salji dengan tangan ( pengaruh cerita My Girl)




Syukur Alhamdulillah, Allah mempermudahkan jalanku. Jalan untuk capai cita cita nak jadi doktor. Aku diterima untuk program foundation di MSU dan insyaAllah akan menyambung degree mbbs selama 5 tahun di MSU jugak (^-^)

This is how my life goes on. Menjadi pelajar Foundation di MSU pun not bad jugak. Dapat kawan kawan yang awesome, environment yang best, lecturer yang memahami, #MARA12’s memories. Ahhh, priceless ! Need another blog  post for it !

That,s all. Sekarang aku percaya bahawa :

Allah takkan beri apa yang kita nak, tapi Allah akan beri apa yang kita perlu

Location : Somewhere in Pendang, Kedah

Jadi, jangan risau. Percaya yang Allah dah susun yang terbaik untuk hidup kita. Senyum sikit :)

Tertekan? Stress?


Assalammualaikum…

Gagal? Fail? Definisikan mereka dalam beberapa patah perkataan. Yang pasti, bila aku mengalami apa apa ketidak-jadian dan kerunduman atau kejatuhan dalam hidup aku nih, aku terus jadi DOWN…  Lumrah.

Walau bagaimana pilu pun hati dek masalah, aku takkan membiarkan diri aku dirundung kesedihan yang melampau dan berkurung di sudut bilik sepanjang hari. TAKKAN ! Jadi, pelbagai cara dipraktikkan untuk menyingkirkan tekanan ini keluar dari hidupkuuu ~ Muahahahaha !


Salah satu stress paling fofular : Study last minute !!


 Cari orang yang tepat nak mengadu

My first step ! Ahha ! Bila aku rasa macam alahai padatnya-sendatnya-penuhnya nerve nerve dalam otak aku nih dek masalah, aku terus mencapai telefon dan mendail sesiapa untuk dijadikan tempat mengadu. Di sinilah aku akan bercerita, menangis  di sebalik langsir (untuk mengelakkan kesedihan disedari oleh orang lain, huhuhuhu) dan menceritakan segala kerisauan yang bersarang. For me, the right person to tell all my problem is my mom. Tapi, nak cerita dekat kawan pun ok what ! Mereka lebih santai dalam menenangkan orang. Sebagai contoh, mereka selalu berkata “Rileklah wei, aku pun pernah kot kena camnik.” *sambil menepuk nepuk bahu* Fuhhh, sedikit sebanyak rasa tenang bila mendapat sokongan padu. 


     Makannnnnnnnnnnnnnn !!!

Wakakakaka ! Jelik gila perangai. Ini memang favouriteeee !! Tapi make sure makan makanan favourite dan harga mahal sedikit . Ihihi. Tak ke kau rasa semua masalah ditarik pergi hanya dengan makan sebiji Burger Bakar Abang Burn?! Tak ke kau rasa lapang dada bila dapat seteguk dua Chatime?!  Aku rasa makan adalah cara terbaik untuk membantu aku menganalisis dan menyelesaikan masalah aku dengan lebih efisien. Gituuu ~ Sambil makan, sambil fikir, sambil gossip, sambil gelak and POFFFF !! POFF !! Masalah aku lenyap secara tiba tiba dan aku pun mampu girang gembira dan melangkah dengan yakin seperti sediakala.


       Korek semangat, keluarkan

Kalau aku rasa “alahai tak bergunanya diri ini, macam kutu rayap” atau “aku rasa aku sorang je yang teruk dalam muka bumi nih!” Amboi, hiperbola sangat. Cemana nak suburkan kembali semangat yang pudar dan makin layu nih? Di dunia tanpa wayar nih, aku suka baca cerita yang berinspirasi dalam facebook /buku oleh pakar pakar motivasi ! Tak pun google lah quote quote yan bersangkut paut dengan situasi untuk menghidupkan kembali jiwa yang lemau ! Semangat iolsss. From this, aku dapat merasakan yang bukan aku sorang je dalam Malaysia *skop dikecilkan* nih yang gagal bahkan ramai lagi yang alami nasib yang serupa seperti aku. Tskkk tsskkk L  But heyy, too early to say GIVE UP, right?


Berdoa

Akhir sekali. Ingat. Walaupun kat dunia nih, semua orang membelakangkan kita, tak percayakan kita, kita kena tau kita masih ada Dia. Mintalah dikuatkan hati menempuh dunia yang mencabar nih. In shaa Allah, kita akan diberi jalan keluar bagi setiap kesulitan yang kita hadapi.

That’s it. Be happy-go-lucky everyday ! Salam Ramadhan





Syukur


27 Syaaban. Alhamdulillah. Masih berdiri, masih bernafas, masih berjalan dan In shaa Allah masih punya peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan, bulan yang dikhaskan untuk umat Islam.



Kadang kadang otak nih semacam tertanya tanya dan berfikir.

“Aku dah ada semua benda, tapi kenapa aku rasa kurang ek?”

 “Aku nih tak menghargai ke apa yang aku ada sekarang?”

“Kenapa aku tak mampu nak jadi macam dia tuh?”

Bila hati kecil terdetik benda benda camnih, automatik rasa betapa tak bersyukur dengan apa yang ada or dengan apa yang kita dapat. Aku jugak kengkadang tak terkecuali merasai pemikiran sebegini. Maklumlah manusia beb. Tak pernah merasa cukup. Kalau boleh nak lebih je manjang.

Tapi…… Bila makin banyak kita tengok life orang lain and compare balik dengan apa yang kita kecapi sekarang, dengan apa yang ada sekarang, luahkanlah rasa syukur. Lebih lebih lagi bila tengok orang yang memerlukan dan betul betul perlukan duit hanya untuk isi perut yang kosong dan terpaksa lupakan benda benda hiburan macam internet, tv, gadget semata mata nak survive, nak hidup. Tanya diri balik. Kita ada tak sampai tahap macam itu?

Jadi ,

Ucapkan syukur kalau kita tergolong dalam golongan yang mampu memiliki beraneka gadget walhal masih ada di luar sana yang cuma mampu melihat tanpa mampu memiliki.

Ucapkan syukur kalau kita tergolong dalam golongan yang mampu makan dan merasa KFC walhal masih ada di luar sana yang cuma mampu merenung iklannya di akhbar tanpa dapat menikmati.

Ucapkanlah syukur kalau kita tergolong dalam golongan yang sempurna anggota badan walhal masih ada di luar sana yang tidak sempurna dan tak bebas berlari dan berjalan seperti kita.

Ucapkanlah syukur kalau kita tergolong dalam golongan yang masih mampu meraih kejayaan dalam pelajaran walhal masih ada di luar sana yang cuma mampu memasang impian untuk jadi seperti kita.

Dan akhir sekali,

Ucapkanlah syukur kerana kita masih ada di sini, di dunia, kerana masih diberi peluang oleh-Nya untuk memperbaiki diri dan bertaubat untuk segala kesalahan dan dosa yang dah kita lakukan. Amin.


P/S: Semoga Ramadhan akan datang akan diri kita akan sentiasa dihiasi dengan amalan dan peribadi yang mulia. Insya-Allah.

Selesai dan tamat

14 Jun 2013

Beberapa bulan aku dah tinggalkan laman privasi aku yang satu ini. Terpaksa curang dengan blog akibat lambakan laman sosial pada masa kini. Wakakaka. Padahal medulla oblongata aku nih malas nak menulis panjang panjang. Cukup lah menulis ringkasan sepanjang 160 patah perkataan di twitter dan menjenguk serta bergosip gosip serba sedikit di facebook sudah memadai untuk mengisi hidup ku yang penuh dengan liku dan onak duri. Wahhh, kemain.

Kalau dilihat pada tarikh, kira lebih kurang 2 minggu dah habis asasi dekat MSU yang makmur, aman, tenang dan damai itu. Cara penyampaian cerita macam msu adalah sebuah universiti yang terletak di tengah tengah hutan hujan tropika yang dilindungi oleh rimbunan pokok pokok hijau walhal perkara itu tidak benar sama sekali kerana msu terletak di tepi highway yang tidak pernah sunyi dengan hiruk pikuk dek kehadiran berbiji biji kereta dan juga lori.

Jadi, bila dah habis asasi selama satu tahun memang bermacam macamlah cerita. Pahit, payau, manis, tawar, suam suam kuku dan pelbagai emosi bercampur baur. Almaklumlah rakan satu kelas tinggal berdekatan dan berjiran tetangga antara satu sama lain. Boleh dikatakan 24 jam memandang wajah mereka. Dari fajar menyingsing sehinggalah matahari terbenam. Yang duduk serumah lagilah. Rasanya waktu tidur je behenti menatap muka mereka. Hehuuu, over sangat uolls.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH KAWAN KAWAN  untuk semuanya, untuk satu tahun ini.

Terima kasih untuk segala tunjuk ajar. 
Terima kasih untuk menasihati. 
Terima kasih untuk semua teguran. 
Terima kasih kerana meminjamkan telinga untuk mendengar bebelan yang tak pernah putus putus dari mulut i nih. 

Dan akhir sekali.............

TERIMA KASIH kerana sudi menjadi kawan yang sangat awesome dan superb kepada saya. Really appreciate it ;) 







Jumpa lagi semua. Good luck :)

Musim baru


Assalammualaikum,



Nampaknya dah lama tak jenguk ke sini. Kosong. Dah tak berapa arif nak menulis apatah lagi nak memikir ayat. Payah. Apa yang pasti, memang banyak cerita. Hai, saya sekarang dah masuk semester 3 untuk foundation kat MSU yang damai permai lagi makmur nih. Semester 3 bermakna semester yang paling last. Dan ini juga bermakna lepas nih ada yang terobang ke UK dan ada jugak yang tinggal di Malaysia. Ya, tinggal di Malaysia sama macam itewww :) 

Lagi satu, kita baru habis EXAM untuk semester 2 dan hampir hampir nak dapat result. Itu tak menarik ye cerita  pasal result. Pernah mood aku punah sehari semalam dek result. Kegirangan habis semester 2 nih memang lain sikit. Bukan apa. Subjek dalam semester 2 semua killer. Chemistry, physics dan juga mathematics yang datang kembali menghantui menjadikan semester 2 menjadi seram di kala kuiz mahupun exam datang bertandang. Tambah pulak basic anatomy yang memang perlu banyak membaca. Hmmm K . K, malas nak cerita.

Sebagai pelajar, tak lain tak bukan mengharapkan kejayaan. Jujur akui rasa macam tak berapa nak boleh sangat semester 2 yang ini. Tapi, apa yang penting kita dah berusaha. Dan yang pasti, jangan pernah nak menyerah kalah, jangan pernah berhenti cuba, cuba dan cuba lagi sebab kita tak tahu apa yang jadi masa datang. Mungkin kalau kita teruskan tanpa putus asa, mana tahu kita lagi excellent dan lagi super duper cemerlang. Hidup, kita tak boleh nak duga. Cuma waktu sekarang kita bertawakal. Lainlah kalau kita tak berusaha tapi mengharapkan kejayaan tuh bergolek datang, memang taklah kan.  So, no worries. Everything will be okay. In Shaa Allah.

Pemerhatian daripada aku, semester yang kali ini mungkin agak tough dari sebelum sebelum ini. Allahu. semoga segala urusan akan dipermudahkan dan dilancarkan. Amin.