Cakap Kosong.

Assalammualaikum .

Sejak akhir akhir nih, status nak sedih sedih je.Hiba betul dengan diri sendiri.Rasa nak pindah ke bulan je nak mencari ketenangan abadi.Bosan betul dengan ayat pasrah pasrah.Forget it! Alright, aku pun tak paham kenapa dengan kerajinan yang mnerpa dalam diri aku nih nak update blog cuaca terik panas gini.Mungkin sebab aku nak further study dah esok.Please say bye bye to me.Buat farewell party ajak Zayn malik pujaan gadis gadis dtg sekali. Nahhhh, come on jannah.Kecelaruan-dalam-diri is a normal thing to a 18-years-old teenager like me.K,bkn sebab tuh sbenarnye. Ahhhh, jibek. Aku pun tak boleh nak explain banyak.Semakin buntu aku.Titik.


Sejujurnya, aku nak bersekolah balik !

Selepas lepas ini, mungkin aku akan keluar dari kepompong laman laman sosial yang bnyak melalaikan.Memandangkan aku akan potong internet connection yang dah lama bersarang dalam rumah aku nih.Memandangkan tiada siapa akan guna si internet selepas anak anak muda seperti aku dan kakak aku akan jarang dduk di rumah.Tinggal mak dengan abah aku shaje yg mnetap tetap di rumah.Maklumlah kan, orang orang dewasa mne layan twitter, facebook dgn segala kejadah online game nih.Melainkan bakal bakal orang tua seperti generasi aku nih dah masuk usia emas still layan lagi bnde bnde gini, wallahualam.Makanya, duit duit nak bayar segala mak nenek internet plus bil telefon nih bolehlah disalurkan ke aku.Lagi bagus.Memandangkan aku dah agak bersikap mata duitan sekarang, jadi aku tak membantah keras hal pemotongan internet walaupun aku dgn beliau dah mcam pen dengan dakwat.Mata duitan terhadap duit sendiri, bukan mata duitan kikis duit duit sugar daddy. *statement ttibe*

Aku nak berundur ke umur 17 tahun.Boleh?

So yeahhh, terfikir jugak.Duduk kat rumah bolehlah dikatakan suku hidup aku dilaburkan kat laman sosial.Lifeless much.Lepas spm, aku tak bkerja.Bukan malas.Tapi, sebab aku agak xcited nak kerja wktu dah abih spm ari tuh.Dah macam sbulan dduk rumah tuh, mcm lnyap angan angan aku nak kerja, carik duit xtra nak beli rumah agam katanya.Dah kira setengah tahun duduk rumah, baru terasa hidup aku kosong kosong kosong~~ *irama najwa latif* Tanpa buku, tanpa stress, tanpa segala beban dalam kepala otak.Hidup cuma bersantai santai di hadapan pc sambil meneguk sejag air teh manis sambil beronline dan akan pergi ke kelas mmandu pada hari yg dtetapkan.Lepas dah dpt lsen,putaran hidup dimulakan kembali dengan online tanpa henti.Sangat bosan.Sungguh aku kata.No lies.

Baik.Hari esok dah nak sambung study.Dalam kepala otak dah berangan nak genggam 4 flat.Aku harap azam aku nih tak terhenti dan dibiar tergantung jelah.But, whatever it is, i try! Mungkin selepas ini aku akan lebih berkecimpung dalam kehidupan sbenar dan bukan lagi di alam maya. Ahakszzz, ahakszzz bajet kawan internet ramai je aku padahal duduk online bukan bersembang sangat pun dengan orang.Dan mungkin aku jarang dah nak bercerita kat blog usang nih tapi aku make sure aku tak nak blog aku jdi mcm rumah hantu mcm myspace.Well, aku sayang blog aku walaupun aku diibaratkkan cakap sorang sorang kat sini.Pedulikkan.Dah nme diari mmg kne simpan sorang sorang.Kalau ade yg ter-view blog bunga bunga cinta aku nih kau consider jelah kau insan tak berapa nak bertuah sbb terbukak blog yg smemangnya tak bagi ape-2 faedah pun.hehe, peace.K, aku tak reti nak bercerita panjang panjang.Sbb blog diari online terpaksa lah tulis banyak bnyak konon-konon ini luahan hati.Bhahahaha, puihhhh.Terasa geli dengan tulisan sendiri secara tiba tiba.Insyaallah, aku akan datang menjenguk ke sini nak bercerita pasal kehidupan baru, kawan baru, katil baru dgn segala bnda baru kat msu tuh.Maklumlah, budak baru belajar masuk U lah katakan (T.T) Sampai di sini sahaja, assalammualaikum.


Gua tak tau kenapa, tapi mmg gua suka senyum ini macam.Chawww !

Selamat Datang.

Assalammualaikum pembuka bicara.

Tetiba terasa rajin nak mengupdate.Tapi mungkin entry terasa bagaikan sampah sarap kerana ketiadaan idea.Oyeahhhhhh.Mungkin ini entry untuk warm up sebelum masuk study.Memandangkan aku tak nak online 100 hari 100 malam bila dah start belajar *bohong*




.......................... *krik krik krik*
Skarang nih nak cerita pasal berita semasa Jannah jeng jeng jeng.Tak kurang seminggu nak melangkah ke alam pelajaran.Sumpah otak dah keras macam batu, statik tanpa berputar.Orang tanya 1+1 pun nak capai kalkulator.Kalau kau tanye logarithm, mau jugak aku cangkul balik otak aku nak mengingatkan topik tersebut.Gi mana jelah reman aku nak meng-setkan balik otak aku ke mood menghafal dan membaca nih :|

Buat masa skrang, aku sedang gigih nak menyiapkan segala borang-borang yang boleh dianggarkan tebal macam kasut tumit 3-4 inci.Dan,alhamdulillah tnggal sikitttttttt je lagi dan siappp ! Iteww amik pinjaman mara dan borangnya boleh tahan susah jugak nak isik.Sumpah rase macam blur.Ke aku je sorang yang agak kebengongan nak isik? Bak kata mak aku, "mmglah kne isik banyak bnyak.Ingat senang orang nak bagi kau duit puluh puluhan ribu gitu je?" Kau hengat ini hutang hutang majalah Kuntum waktu sekolah rendah duluuuu ? *dialog petik sndiri* Actually,terasa agak bersemangat sbenarnya nak sambung belajar.Fuhhh,macam tak percaya aku cakap gini.Tak tahu kenapa.Mungkin sebab orang sekeliling.Mungkin sebab dah bosan duduk menghadap Twitter dan bermain game sepanjang hari.Mungkin...mungkinn..Ahhhhhh, yang penting aku bersemangat.Itu dah cukup bagus.

Kepada kawan kawan tak kiralah pelusuk mne kau duduk waima di dalam ceruk gunung Alaska *pakai hentam* aku ucapkan korang berjaya.Selamat menuntut ilmu.Maybe kita semua tak dapat nak bergumbira macam dulu.Main tuju kasut dan berlari lari mengejar bulu tangkis di waktu petang.Bergosip gosip sambil makan maggi perisa kari.Atau menengok movie sambil berhimpit himpit antara satu sama lain.Dan duduk di belakang kelas semata mata ingin meninjau si kaki yg sedang menyapu di koridor *Credit to Qilla.Dan membuat segala macam perkara sakai seperti berphotoshoot di tepi tahi lembu dan melompat lompat keriangan di tengah tengah jalan raya walaupun kereta bersimpang siur.Semuanya aku rindu.Harap tak lost contact and i try my best to keep all of you, you and you in my mind.Cehh, entry nak jugak selit quotes antarabangsa.Pikir kau orang putih?

Lastly, BYE EBERIBADI.Sungguh kurang ayat ayat aku dalam belog ini semenjak dua menjak ini.Update later with long long long entry.Tratatatatatata!

hai, nama saya mrs.Annoying.K.








Hai Dunia Baru.

Assalammualaikum,

Dah lama tak datang ke sini apatah lagi menulis entry baru.Buat apa? Cerita cerita kosong toksah dikongsi.Simpan dalam otak saja dah cukup.

Dah masuk bulan Jun.Matahari masih memancarkan sinarnya.Aku,masih lagi duduk menetap di rumah mneruskan sisa sisa hidup sebagai lepasan SPM.Lepasan SPM? Terasa basi pula mmandangkan ramai sudah orang sebaya aku masuk ke U,matriks dan lain lain.Alhamdulillah.Lepas bnyak kekeliruan,kecelaruan yg dterima bertubi tubi selepas keputusan matriks dan UPU keluar dtambah dgn bermacam macam biasiswa/pinjaman yg dpt, akhirnya kawan kawan dan trmasuk diri aku aku sekali dah dapat buat pilihan.Yahoo!! Serius aku tiada cerita.TIADA.

..........,.........................................................,

Cerita latest pasal aku.Perlukah tahu? Persetankan.Hahaha *gelak setan* Aku akan masuk MSU jurusan medic.Terima kasih MARA! Sesiapa yang sama dgn aku? Angkat bahuuu! Angkat bahuu! Kira kiranya tambah tolak aku duduk rumah lebih kurang dalam 2 minggu begitu.

Perasaan?
Gembira.Sebab aku dapat U yg agak dekat sdikit berbanding tahun lepas.Tahun lepas aku tercampak ke Kedah.Tahun ini UPU dapat kat unimas.Terperanjat gegirl tau.Seronok sebenarnya dapat jauh.Nanti dapat berjalan ke negeri yg berjiran,Perak,Penang dan Perlis.Makanan mmg tahap terliur.Balik ke sini,badan seperti Doraemon.Sampai skarang aku rindukan utara.Orang Utara,sila terharu oi.Hew hew :3 Walaupun sakit sendi dan urat aku duduk dalam bas berjam jam.Hoho,aku naik bas sahaja,no no kapal kapal terbang.Jimattttt! Duduk jauh jauh kne sayang duit lorhh.Buat pulak untuk orang yg suka mmbazir macam aku ni.Mmg tak boleh kalau duit RM 50 dalam tgn.Lesap macam habuk aku kerjakan.

Target.
Target aku tahun ni mmg banyak.Antara tercapai dgn tak tercapai je.Keazaman aku ni bukan boleh sangat.Cepat goyang dan rapuh mcm tiupan angin bayu tepi pantai.Fuhhhh.Dah masuk U,semua org klafikasikan sebagai budak dewasa.Cett.Duhhh,come on man and woman.Muka dewasa otak masih cerita Barbie.Untuk pencapaian akademik,aku nak merasa pointer yg kebabom.Insyaallah, 4 flat.Babe,aku tak pernah merasa kot four four nih.Woiiii,kempunannnn.Aku ini.Target mmg nak tinggi.Tahap bermain main wktu blajar gitu gak.Bersuka ria mcam exam 80 tahun akn datang.Hmmm :|

Lagi satu aku nak menabung.Buat masa ni,aku tak ade lagi barang impian yg aku nak.BUAT MASA INI jelah..Handphone Nokia 1600 aku masih tahan dan brnyawa walaupun ada sisa sisa calar yg mmenuhi anggota badannya.So,segala nenek iphone,android,blackburrryhh rasanya tidak dperlukan.HOHOHOHOHO.Nampak kedekutannya tang duit di situ? HOHOHOHO.

Ini baru warming up.Perghh,kemain.Letak target dua je dulu.Sedikit sedikit lama lama jadi bukit *tiba-tiba*

Persiapan.
Persiapan tang ape?Fizikal dan metabolisme? 2 minggu lagi.Chill lah kejap.Packing barang harus last minute.Kna tempik sikit,kne marah sikit baru lah thrill.Tinggal barang,meraung macam mati laki.Itu perkara biasaaaa..Dah merasa duduk asrama 2 tahun.Ke 'homesick'an mungkin kurang.Puihhhhh.Tak kurang kot.Aku tetap homesick.Tempat mana yg boleh mnggantikan rumah? Tempat yg penuh snang lenang.Tempat yg selesa yg tak perlu nak cover cover kentut.Tmpat yg punyai paling selesa tmpat tidur.Cisss,aku pasti rindu.Tak kirraaaaa! Yg pasti,mesti bakal sibuk.Yeah,aku dapat rasakan otak aku akn berjalan kembali.Mengingat segala macam bnda dan mnyumbatnya dgn pelbagai fakta di saat saat akhir exam.Like a boss~ Huh,aku rase last minute mmg dah sebati dalam diri -,-


Mampukah aku jadi doktor tor pada masa akn datang? Hmmmm :\

Sudah cukup sudah.Sampai di sini saja~~~~~ Mmori daun pisang~~ Kepada kawan kawan dan jugak diri aku, selamat belajar.Jangan lupa kawanmu di sini walaupun dah ada kawan baru.Nanti kalau lupa sama aku, memang aku baling kereta sorong satu buah kat muka korang.Baru kau tahu erti kesakitan.Ngeh Ngeh Ngeh.Sehingga berjumpa lagi.Salam :)