Tertekan? Stress?


Assalammualaikum…

Gagal? Fail? Definisikan mereka dalam beberapa patah perkataan. Yang pasti, bila aku mengalami apa apa ketidak-jadian dan kerunduman atau kejatuhan dalam hidup aku nih, aku terus jadi DOWN…  Lumrah.

Walau bagaimana pilu pun hati dek masalah, aku takkan membiarkan diri aku dirundung kesedihan yang melampau dan berkurung di sudut bilik sepanjang hari. TAKKAN ! Jadi, pelbagai cara dipraktikkan untuk menyingkirkan tekanan ini keluar dari hidupkuuu ~ Muahahahaha !


Salah satu stress paling fofular : Study last minute !!


 Cari orang yang tepat nak mengadu

My first step ! Ahha ! Bila aku rasa macam alahai padatnya-sendatnya-penuhnya nerve nerve dalam otak aku nih dek masalah, aku terus mencapai telefon dan mendail sesiapa untuk dijadikan tempat mengadu. Di sinilah aku akan bercerita, menangis  di sebalik langsir (untuk mengelakkan kesedihan disedari oleh orang lain, huhuhuhu) dan menceritakan segala kerisauan yang bersarang. For me, the right person to tell all my problem is my mom. Tapi, nak cerita dekat kawan pun ok what ! Mereka lebih santai dalam menenangkan orang. Sebagai contoh, mereka selalu berkata “Rileklah wei, aku pun pernah kot kena camnik.” *sambil menepuk nepuk bahu* Fuhhh, sedikit sebanyak rasa tenang bila mendapat sokongan padu. 


     Makannnnnnnnnnnnnnn !!!

Wakakakaka ! Jelik gila perangai. Ini memang favouriteeee !! Tapi make sure makan makanan favourite dan harga mahal sedikit . Ihihi. Tak ke kau rasa semua masalah ditarik pergi hanya dengan makan sebiji Burger Bakar Abang Burn?! Tak ke kau rasa lapang dada bila dapat seteguk dua Chatime?!  Aku rasa makan adalah cara terbaik untuk membantu aku menganalisis dan menyelesaikan masalah aku dengan lebih efisien. Gituuu ~ Sambil makan, sambil fikir, sambil gossip, sambil gelak and POFFFF !! POFF !! Masalah aku lenyap secara tiba tiba dan aku pun mampu girang gembira dan melangkah dengan yakin seperti sediakala.


       Korek semangat, keluarkan

Kalau aku rasa “alahai tak bergunanya diri ini, macam kutu rayap” atau “aku rasa aku sorang je yang teruk dalam muka bumi nih!” Amboi, hiperbola sangat. Cemana nak suburkan kembali semangat yang pudar dan makin layu nih? Di dunia tanpa wayar nih, aku suka baca cerita yang berinspirasi dalam facebook /buku oleh pakar pakar motivasi ! Tak pun google lah quote quote yan bersangkut paut dengan situasi untuk menghidupkan kembali jiwa yang lemau ! Semangat iolsss. From this, aku dapat merasakan yang bukan aku sorang je dalam Malaysia *skop dikecilkan* nih yang gagal bahkan ramai lagi yang alami nasib yang serupa seperti aku. Tskkk tsskkk L  But heyy, too early to say GIVE UP, right?


Berdoa

Akhir sekali. Ingat. Walaupun kat dunia nih, semua orang membelakangkan kita, tak percayakan kita, kita kena tau kita masih ada Dia. Mintalah dikuatkan hati menempuh dunia yang mencabar nih. In shaa Allah, kita akan diberi jalan keluar bagi setiap kesulitan yang kita hadapi.

That’s it. Be happy-go-lucky everyday ! Salam Ramadhan





Syukur


27 Syaaban. Alhamdulillah. Masih berdiri, masih bernafas, masih berjalan dan In shaa Allah masih punya peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan, bulan yang dikhaskan untuk umat Islam.



Kadang kadang otak nih semacam tertanya tanya dan berfikir.

“Aku dah ada semua benda, tapi kenapa aku rasa kurang ek?”

 “Aku nih tak menghargai ke apa yang aku ada sekarang?”

“Kenapa aku tak mampu nak jadi macam dia tuh?”

Bila hati kecil terdetik benda benda camnih, automatik rasa betapa tak bersyukur dengan apa yang ada or dengan apa yang kita dapat. Aku jugak kengkadang tak terkecuali merasai pemikiran sebegini. Maklumlah manusia beb. Tak pernah merasa cukup. Kalau boleh nak lebih je manjang.

Tapi…… Bila makin banyak kita tengok life orang lain and compare balik dengan apa yang kita kecapi sekarang, dengan apa yang ada sekarang, luahkanlah rasa syukur. Lebih lebih lagi bila tengok orang yang memerlukan dan betul betul perlukan duit hanya untuk isi perut yang kosong dan terpaksa lupakan benda benda hiburan macam internet, tv, gadget semata mata nak survive, nak hidup. Tanya diri balik. Kita ada tak sampai tahap macam itu?

Jadi ,

Ucapkan syukur kalau kita tergolong dalam golongan yang mampu memiliki beraneka gadget walhal masih ada di luar sana yang cuma mampu melihat tanpa mampu memiliki.

Ucapkan syukur kalau kita tergolong dalam golongan yang mampu makan dan merasa KFC walhal masih ada di luar sana yang cuma mampu merenung iklannya di akhbar tanpa dapat menikmati.

Ucapkanlah syukur kalau kita tergolong dalam golongan yang sempurna anggota badan walhal masih ada di luar sana yang tidak sempurna dan tak bebas berlari dan berjalan seperti kita.

Ucapkanlah syukur kalau kita tergolong dalam golongan yang masih mampu meraih kejayaan dalam pelajaran walhal masih ada di luar sana yang cuma mampu memasang impian untuk jadi seperti kita.

Dan akhir sekali,

Ucapkanlah syukur kerana kita masih ada di sini, di dunia, kerana masih diberi peluang oleh-Nya untuk memperbaiki diri dan bertaubat untuk segala kesalahan dan dosa yang dah kita lakukan. Amin.


P/S: Semoga Ramadhan akan datang akan diri kita akan sentiasa dihiasi dengan amalan dan peribadi yang mulia. Insya-Allah.