Memories #2 : Foundation MSU



Assalammualaikum …

Kali ini cerita di zaman kolej. Foundation aku di MSU dan pastinya sistem pembelajarannya saling tak tumpah sama macam foundation kat tempat lain.

Tentang belajar?

Firstly, semester  1, aku kena ambil subjek ini : Biology, Malaysian Studies, Health Science, English for General Proficiency, Mathematics  I dan Co-curriculum I. First impression, rasa macam gentarrrrr bila 
adanya subjek subjek Yang kalau kau tak baca, kau fail. Tapi.. study last minute tuh tetap gak buat ;p

Semester 2, this subject ! Basic Anatomy, Physics I, Chemistry I, Co-curriculum II & Mathematics II. Sudah mula tough subjek subjeknya. Lagi tough untuk aku sebab kehadiran subjek Physics di situ. Arghh, aku memang tak boleh kawan karib dengan Physics sejak dulu sebab subjek tersebut pernah punah ranahkan result aku pada suatu ketika dahulu K Semester ini, aku start mengambil kopi untuk kesegaran berterusan waktu study ( penangan study last minute lagi)




Semester 3 menjelang bersama sama dengan subjek baru; Basic Genetics, Chemistry II, Introduction to Computer Science, English for Academic Purposes & Islamic Studies. Subjek sem ni kurang perit sebab ketiadaan ilmu hisab. Sedia maklum, aku nih termasuk dalam golongan yang suka kira duit tapi benci matematik jadi aku boleh menerima subjek membaca ini dengan lapang dada.

Tentang tempat tinggal/hostel?

Aku menetap di seksyen 15 dan akan ada bas yang mengangkut kami ke MSU. Lokasi tempat tinggal aku nih memang tak memungkinkan aku nak berjalan kaki ke MSU. Memang jauh wa cakap lu ! Untuk foundation, rumah + bas dah disediakan oleh pihak Mara. Jadi, kami tinggal duduk dan belajar. Tapi untuk waktu foundation ajeee. Bila dah masuk degree a.k.a umur kau dah nak masuk sweet 20, kau dah kena merantau pergi cari tempat lain untuk berteduh (T.T) Dulu, kat seksyen 15 nih, kami suka makan dekat Mr Sambal. (Promote ! Promote !) Walking distance dari tempat tinggal kami semua.  Ada sampai satu masa tuh kan, ada costumer Mr Sambal yang kaget melihat restoran tersebut diserbu oleh kami kami semua. Boleh pulak dia kata kami nih pelawat yang melawat sekitar Shah Alam. Huh? Skang boleh bayangkan betapa ramainya kami mengerumuni restoran itu untuk dapatkan sesuap nasi campur?



Tentang sahabat?

Dan pelengkap aku selain daripada semua ini ialah pastinya MARA 12 ! Atau hashtag #MARA12 di twitter! LOL. Mereka ini merangkap teman/jiran saya sepanjang foundation.

Kami…. Kami….

Kami belajar bersama sama,

Semester 2
Semester 3

Sekarang nampak kesan negatif belajar last minute? Makan, minum, tidur semua berlonggok satu tempat ßItulah sebab kewujudan bantal, cawan, sos cili, pisau, pinggan dan se-tupperware biskut hup seng di situ.

Kami berdrama bersama sama,


Kami mengadakan open house raya bersama sama,



Kami bernyanyi nasyid bersama sama,


Nampak apa yang gegirls kena pakai? Purdah beb. Kami mengambil inisiatif pakai purdah sebab nak cover mulut waktu nasyid in case kalau tak tahan gelak, kami boleh gelak di dalam purdah itu dengan safe and sound tanpa diketahui oleh penonton.

Kami berkelah bersama sama,


Kami pergi siapkan task Co-curriculum II bersama sama,


Kami pergi Lorong Haji Taib sama sama, ( Atas urusan belajar yang pastinya ). Berbaur kontroversi pula.


Kami pergi melawat Bird Park bersama sama, Atotootototooo~


Kami pergi menderma darah bersama sama,


Kami jalan jalan di pantai bersama sama,


Dan… kami habis foundation pun bersama sama.


Akhir sekali, aku harap kita berjaya suatu hari nanti pun bersama sama jugak ;) Insya Allah…


Here you go, one of my favourite song : My Wish by Rascal Flatts


My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
Your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.






Memories #1 : Journey Before and After SPM


21 Ogos 2013

Assalammualaikum ..

Whats app yawwww ~ Memandangkan selama ini, blog nih dah macam jurnal kehidupan harian aku rasa macam tak berguna kalau tak diisi dengan pengalaman pahit getir dan asam garam kehidupan seorang manusia. Kemain sangat.

Adakah melambai lambaikan tangan di dalam rimbunan bunga boleh dikatakan pengalaman?

Hmm.. nak cerita experience/ pengalaman memanglah sukar untuk aku memandangkan aku bukanlah seorang pengembara mahupun backpacker. Tapi, kalau setakat nak memberi pendapat pendapat kurang bernas tuh, bolehlah aku usahakan. Wahahahahahahahahakihkihkihkahkahaha.

Ok, kembali menjadi manusia normal K

Kalau nak diikutkan, hal hal yang paling latest berlaku dalam hidup aku yang penuh ranjau berduri nih ialah menjadi salah seorang student untuk Program Foundation kat MSU dalam bidang Foundation in Medical……. (dah lupa ) Sebenarnya, aku dah tamat menjadi seorang pelajar foundation dan dah nak beralih arah ke degree. Ini sebagai flashback/bingkisan.

So, mulakan !

Once upon a time , sebelum SPM….

Bab bab dilema  nih sedar tak sedar dah bermula sejak zaman Form 4 di mana kita harus pilih haluan hidup sama ada kelas Sastera atau Sains atau mungkinkah Akaun? Bila tak serasi, mulalah sesi bertukar tukar kelas sampai wujud bonding dan chemistry dengan subjek subjek yang dah dipilih. Tapi, aku sejak kecil, dah genggam erat dalam kepala yang “Bila dah besar, nak jadi doktor”. For that, I will go for it !! Jadi, waktu itu tak berapa nak dilema sangat dalam pilih pilih subjek dan masih boleh meneruskan kehidupan anak remaja dengan ria gembira.

Ini meja time SPM makin mendekat. Berenang renang aku di celah buku yang bertimbun

Once upon a time again selepas SPM…

Secara jujur dan telus, aku tak pernah terlintas nak masuk ke msu. Biasalah beb. Semua orang target nak pergi overseas. Tak terkecuali aku beb. Aku pun nak jugak gi overseas beb. Tapi, setelah mengalami kekecewaan yang bertubi tubi dari interview untuk Mara Express dan tak dapat IPTA yang menjadi pilihan hati, aku mengorak langkah dan membina kehidupan baru *buat buat posing memandang jauh ke arah lautan luas*

Sedang aku mengalami dilema yang amat sangat, aku mengambil keputusan untuk apply MARA bagi program perubatan  dalam negara yakni di MSU lalu mengenepikan hasrat untuk ke overseas setelah aku sedar tujuan utama aku untuk ke overseas adalah untuk bermain dengan salji semata mata. Kah kah kah. Tapi serious kot, sebab aku teringin nak peluk orang salji (pengaruh cerita Pingu) dan nak feeling tadah salji dengan tangan ( pengaruh cerita My Girl)




Syukur Alhamdulillah, Allah mempermudahkan jalanku. Jalan untuk capai cita cita nak jadi doktor. Aku diterima untuk program foundation di MSU dan insyaAllah akan menyambung degree mbbs selama 5 tahun di MSU jugak (^-^)

This is how my life goes on. Menjadi pelajar Foundation di MSU pun not bad jugak. Dapat kawan kawan yang awesome, environment yang best, lecturer yang memahami, #MARA12’s memories. Ahhh, priceless ! Need another blog  post for it !

That,s all. Sekarang aku percaya bahawa :

Allah takkan beri apa yang kita nak, tapi Allah akan beri apa yang kita perlu

Location : Somewhere in Pendang, Kedah

Jadi, jangan risau. Percaya yang Allah dah susun yang terbaik untuk hidup kita. Senyum sikit :)