Assalammualaikum pembuka bicara.
Tetiba terasa rajin nak mengupdate.Tapi mungkin entry terasa bagaikan sampah sarap kerana ketiadaan idea.Oyeahhhhhh.Mungkin ini entry untuk warm up sebelum masuk study.Memandangkan aku tak nak online 100 hari 100 malam bila dah start belajar *bohong*
.......................... *krik krik krik*
Skarang nih nak cerita pasal berita semasa Jannah jeng jeng jeng.Tak kurang seminggu nak melangkah ke alam pelajaran.Sumpah otak dah keras macam batu, statik tanpa berputar.Orang tanya 1+1 pun nak capai kalkulator.Kalau kau tanye logarithm, mau jugak aku cangkul balik otak aku nak mengingatkan topik tersebut.Gi mana jelah reman aku nak meng-setkan balik otak aku ke mood menghafal dan membaca nih :|
Buat masa skrang, aku sedang gigih nak menyiapkan segala borang-borang yang boleh dianggarkan tebal macam kasut tumit 3-4 inci.Dan,alhamdulillah tnggal sikitttttttt je lagi dan siappp ! Iteww amik pinjaman mara dan borangnya boleh tahan susah jugak nak isik.Sumpah rase macam blur.Ke aku je sorang yang agak kebengongan nak isik? Bak kata mak aku, "mmglah kne isik banyak bnyak.Ingat senang orang nak bagi kau duit puluh puluhan ribu gitu je?" Kau hengat ini hutang hutang majalah Kuntum waktu sekolah rendah duluuuu ? *dialog petik sndiri* Actually,terasa agak bersemangat sbenarnya nak sambung belajar.Fuhhh,macam tak percaya aku cakap gini.Tak tahu kenapa.Mungkin sebab orang sekeliling.Mungkin sebab dah bosan duduk menghadap Twitter dan bermain game sepanjang hari.Mungkin...mungkinn..Ahhhhhh, yang penting aku bersemangat.Itu dah cukup bagus.
Kepada kawan kawan tak kiralah pelusuk mne kau duduk waima di dalam ceruk gunung Alaska *pakai hentam* aku ucapkan korang berjaya.Selamat menuntut ilmu.Maybe kita semua tak dapat nak bergumbira macam dulu.Main tuju kasut dan berlari lari mengejar bulu tangkis di waktu petang.Bergosip gosip sambil makan maggi perisa kari.Atau menengok movie sambil berhimpit himpit antara satu sama lain.Dan duduk di belakang kelas semata mata ingin meninjau si kaki yg sedang menyapu di koridor *Credit to Qilla.Dan membuat segala macam perkara sakai seperti berphotoshoot di tepi tahi lembu dan melompat lompat keriangan di tengah tengah jalan raya walaupun kereta bersimpang siur.Semuanya aku rindu.Harap tak lost contact and i try my best to keep all of you, you and you in my mind.Cehh, entry nak jugak selit quotes antarabangsa.Pikir kau orang putih?
Lastly, BYE EBERIBADI.Sungguh kurang ayat ayat aku dalam belog ini semenjak dua menjak ini.Update later with long long long entry.Tratatatatatata!
hai, nama saya mrs.Annoying.K. |