Maaf blog tersayang yang dah lama aku tinggalkan. Saja singgah itupun sebab nak refresh otak untuk password blog yang semakin lama semakin telah reput dalam memori otak aku dan alang alang bebel lah sikit an an an. Macam tak biasa pulak an an an. Almaklumlah wifi di shah alam kadang kadang menyukarkan untuk create walau untuk satu new post cuma. apatah lagi nak publish mau berjanggut bermisai berjambang aku menunggu. dan, macam biasaaaaaaaaaa.... how are you ? *bisik sorang sorang* sekarang ini, aku barulah dapat menikmati cuti yang boleh dikirakan agak panjang sedikit iaitu seminggu berbanding cuti cuti sebelum ni yang kadang kadang berdurasi 72 jam paling lama. yeaayyy, cuti seminggu! yeayyyy, minggu yang sibuk akan menyusul selepas cuti! yeayyyy, yeayyyy, yeayyyy *masih lompat bintang* siapa ada cuti yang panjang macam kereta api tanah melayu tuh tolong tolonglah hargai ye.jangan dok kata bosan bosan bosan. mai sikit derma cuti tuh ! jeles lah gilaaaaaaaa :|
apa? cuti seminggu? eh eh pendeknya cuti. singkatnya cuti. tapi, tak mengapa. singkat singkat mana pun cuti or masa rehat aku, tetap bermakna. dapat legakan segala lenguh lenguh dan sengal sengal di seluruh malah segenap anggota badan nih pun dah cukup memadai. dapat jauhkan diri dari segala buku dan nota nota ? ahhh, itu heavennnnnnn~ (walaupun kena jugak refresh sikit sikit utk kuiz lepas cuti) to be honest, aku tak buat apa apa sepanjang cuti. melancong pun tidak, jumpa kawan pun tidak. majority time di rumah dan rehat sambil silang kaki macam puteri raja sambil makan biskut gula dan sambil menonton sinetron di petang yang hening. nikmat ! and, dah nama cuti mesti banyak gila waktu terluang. muehehehehe. so, tak tau nak buat apa geledah satu persatu folder gambar memandangkan pc dekat rumah macam gedung gambar. segala macam gambar semua aku sumbat kat sini. laptop cuma ada beberapa ulas jadi macam tak seronok lah kan nak usha mengusha satu persatu gambar sambil tergelak gelak. video apatah lagi. memang berdekah macam orang sawan aku mentertawakannya.
a few of meaning ful pictureee,
memandangkan sekarang nih macam sedang bahang spm, mari aku barakan lagi semangat spm *ttibe* yang ini, pic waktu last spm. lepas habis paper bio, aku datang kelas tercinta aku. aku sorang-sorang di situ. dah ramai yg balik rumah time tuh. kelas yg dulu meriah dgn nyanyian Sephia by sheila on7... jadi sepi. aku duduk kat meja, menghadap ke white board dan pandang sekeliling. aku sedih, dan aku snap some pictures of my desks and books untuk memory last spm (padahal boleh je snap pose pose lompat sambil mendepangkan tangan kat pintu masuk sekolah untuk memory last spm.muahahaha)
and, last but not least, mestilah rakan rakan. semakin lama semakin payah kan nak jumpa. sorang kat sana. sorang kat sini. aku free, mereka pula tak free. maklumlah semua dah tercampak kat berlainan tempat. nasib baik si muka buku dengan si buburung biru ada. tak adalah rasa lost contact. tapi kengkadang tuh cam tak seronoklah en tak jumpa kat reality life. tak dapat nak tunjukkan muka ke-excitedan dan muka penuh gosip aku nih ha :\ and yeahhhh, a lot of pictures of them :)
this, this, this and this
sebenarnya, memang banyak gambar dan nak included kan semua orang. semua pic tengok apa yang tinggal dalam pendrive sebab kalau folder memang amik masa genap satu pusingan matahari mengelilingi bumi. terlalu banyak dan berterabur. betapa tak sistematiknya diri ini ~ yang pic macam alalalalala kelakarnyaaaaa, jangan risau aku tak pamer. semua pose baik baik punyer.
word last untuk post panjang ini, SAYA RINDU KAMU SEMUA.