Assalammualaikum…
Gagal? Fail? Definisikan mereka dalam beberapa patah
perkataan. Yang pasti, bila aku mengalami apa apa ketidak-jadian dan kerunduman
atau kejatuhan dalam hidup aku nih, aku terus jadi DOWN… Lumrah.
Walau bagaimana pilu pun hati dek masalah, aku takkan
membiarkan diri aku dirundung kesedihan yang melampau dan berkurung di sudut
bilik sepanjang hari. TAKKAN ! Jadi, pelbagai cara dipraktikkan untuk
menyingkirkan tekanan ini keluar dari hidupkuuu ~ Muahahahaha !
Salah satu stress paling fofular : Study last minute !! |
Cari orang yang tepat nak mengadu
My first step ! Ahha ! Bila aku rasa macam alahai
padatnya-sendatnya-penuhnya nerve nerve dalam otak aku nih dek masalah, aku
terus mencapai telefon dan mendail sesiapa untuk dijadikan tempat mengadu. Di
sinilah aku akan bercerita, menangis di
sebalik langsir (untuk mengelakkan kesedihan disedari oleh orang lain, huhuhuhu)
dan menceritakan segala kerisauan yang bersarang. For me, the right person to
tell all my problem is my mom. Tapi, nak cerita dekat kawan pun ok what ! Mereka lebih santai dalam
menenangkan orang. Sebagai contoh, mereka selalu berkata “Rileklah wei, aku pun
pernah kot kena camnik.” *sambil menepuk nepuk bahu* Fuhhh, sedikit sebanyak
rasa tenang bila mendapat sokongan padu.
Makannnnnnnnnnnnnnn !!!
Wakakakaka ! Jelik gila perangai. Ini memang favouriteeee !!
Tapi make sure makan makanan favourite dan harga mahal sedikit . Ihihi. Tak ke
kau rasa semua masalah ditarik pergi hanya dengan makan sebiji Burger Bakar
Abang Burn?! Tak ke kau rasa lapang dada bila dapat seteguk dua Chatime?! Aku rasa makan adalah cara terbaik untuk
membantu aku menganalisis dan menyelesaikan masalah aku dengan lebih efisien.
Gituuu ~ Sambil makan, sambil fikir, sambil gossip, sambil gelak and POFFFF !!
POFF !! Masalah aku lenyap secara tiba tiba dan aku pun mampu girang gembira
dan melangkah dengan yakin seperti sediakala.
Korek semangat, keluarkan
Kalau aku rasa “alahai tak bergunanya diri ini, macam kutu
rayap” atau “aku rasa aku sorang je yang teruk dalam muka bumi nih!” Amboi,
hiperbola sangat. Cemana nak suburkan kembali semangat yang pudar dan makin
layu nih? Di dunia tanpa wayar nih, aku suka baca cerita yang berinspirasi
dalam facebook /buku oleh pakar pakar motivasi ! Tak pun google lah quote quote
yan bersangkut paut dengan situasi untuk menghidupkan kembali jiwa yang lemau !
Semangat iolsss. From this, aku dapat merasakan yang bukan aku sorang je dalam
Malaysia *skop dikecilkan* nih yang gagal bahkan ramai lagi yang alami nasib
yang serupa seperti aku. Tskkk tsskkk L But heyy, too early to say GIVE UP, right?
Berdoa
Akhir sekali. Ingat. Walaupun kat dunia nih, semua orang
membelakangkan kita, tak percayakan kita, kita kena tau kita masih ada Dia. Mintalah
dikuatkan hati menempuh dunia yang mencabar nih. In shaa Allah, kita akan
diberi jalan keluar bagi setiap kesulitan yang kita hadapi.
That’s it. Be happy-go-lucky everyday ! Salam
Ramadhan