27 Syaaban. Alhamdulillah. Masih berdiri, masih bernafas,
masih berjalan dan In shaa Allah masih punya peluang untuk bertemu dengan bulan
Ramadhan, bulan yang dikhaskan untuk umat Islam.
Kadang kadang otak nih semacam tertanya tanya dan berfikir.
“Aku dah ada semua benda, tapi kenapa aku rasa kurang ek?”
“Aku nih tak
menghargai ke apa yang aku ada sekarang?”
“Kenapa aku tak mampu nak jadi macam dia tuh?”
Bila hati kecil terdetik benda benda camnih, automatik rasa
betapa tak bersyukur dengan apa yang ada or dengan apa yang kita dapat. Aku
jugak kengkadang tak terkecuali merasai pemikiran sebegini. Maklumlah manusia
beb. Tak pernah merasa cukup. Kalau boleh nak lebih je manjang.
Tapi…… Bila makin banyak kita tengok life orang lain and
compare balik dengan apa yang kita kecapi sekarang, dengan apa yang ada
sekarang, luahkanlah rasa syukur. Lebih lebih lagi bila tengok orang yang
memerlukan dan betul betul perlukan duit hanya untuk isi perut yang kosong dan
terpaksa lupakan benda benda hiburan macam internet, tv, gadget semata mata nak
survive, nak hidup. Tanya diri balik. Kita ada tak sampai tahap macam itu?
Jadi ,
Ucapkan syukur kalau kita tergolong dalam golongan yang
mampu memiliki beraneka gadget walhal masih ada di luar sana yang cuma mampu
melihat tanpa mampu memiliki.
Ucapkan syukur kalau kita tergolong dalam golongan yang
mampu makan dan merasa KFC walhal masih ada di luar sana yang cuma mampu
merenung iklannya di akhbar tanpa dapat menikmati.
Ucapkanlah syukur kalau kita tergolong dalam golongan yang
sempurna anggota badan walhal masih ada di luar sana yang tidak sempurna dan
tak bebas berlari dan berjalan seperti kita.
Ucapkanlah syukur kalau kita tergolong dalam golongan yang
masih mampu meraih kejayaan dalam pelajaran walhal masih ada di luar sana yang
cuma mampu memasang impian untuk jadi seperti kita.
Dan akhir sekali,
Ucapkanlah syukur kerana kita masih ada di sini, di dunia,
kerana masih diberi peluang oleh-Nya untuk memperbaiki diri dan bertaubat untuk
segala kesalahan dan dosa yang dah kita lakukan. Amin.
P/S: Semoga Ramadhan akan datang akan diri kita akan sentiasa dihiasi dengan amalan dan peribadi yang mulia. Insya-Allah.