Memories #1 : Journey Before and After SPM


21 Ogos 2013

Assalammualaikum ..

Whats app yawwww ~ Memandangkan selama ini, blog nih dah macam jurnal kehidupan harian aku rasa macam tak berguna kalau tak diisi dengan pengalaman pahit getir dan asam garam kehidupan seorang manusia. Kemain sangat.

Adakah melambai lambaikan tangan di dalam rimbunan bunga boleh dikatakan pengalaman?

Hmm.. nak cerita experience/ pengalaman memanglah sukar untuk aku memandangkan aku bukanlah seorang pengembara mahupun backpacker. Tapi, kalau setakat nak memberi pendapat pendapat kurang bernas tuh, bolehlah aku usahakan. Wahahahahahahahahakihkihkihkahkahaha.

Ok, kembali menjadi manusia normal K

Kalau nak diikutkan, hal hal yang paling latest berlaku dalam hidup aku yang penuh ranjau berduri nih ialah menjadi salah seorang student untuk Program Foundation kat MSU dalam bidang Foundation in Medical……. (dah lupa ) Sebenarnya, aku dah tamat menjadi seorang pelajar foundation dan dah nak beralih arah ke degree. Ini sebagai flashback/bingkisan.

So, mulakan !

Once upon a time , sebelum SPM….

Bab bab dilema  nih sedar tak sedar dah bermula sejak zaman Form 4 di mana kita harus pilih haluan hidup sama ada kelas Sastera atau Sains atau mungkinkah Akaun? Bila tak serasi, mulalah sesi bertukar tukar kelas sampai wujud bonding dan chemistry dengan subjek subjek yang dah dipilih. Tapi, aku sejak kecil, dah genggam erat dalam kepala yang “Bila dah besar, nak jadi doktor”. For that, I will go for it !! Jadi, waktu itu tak berapa nak dilema sangat dalam pilih pilih subjek dan masih boleh meneruskan kehidupan anak remaja dengan ria gembira.

Ini meja time SPM makin mendekat. Berenang renang aku di celah buku yang bertimbun

Once upon a time again selepas SPM…

Secara jujur dan telus, aku tak pernah terlintas nak masuk ke msu. Biasalah beb. Semua orang target nak pergi overseas. Tak terkecuali aku beb. Aku pun nak jugak gi overseas beb. Tapi, setelah mengalami kekecewaan yang bertubi tubi dari interview untuk Mara Express dan tak dapat IPTA yang menjadi pilihan hati, aku mengorak langkah dan membina kehidupan baru *buat buat posing memandang jauh ke arah lautan luas*

Sedang aku mengalami dilema yang amat sangat, aku mengambil keputusan untuk apply MARA bagi program perubatan  dalam negara yakni di MSU lalu mengenepikan hasrat untuk ke overseas setelah aku sedar tujuan utama aku untuk ke overseas adalah untuk bermain dengan salji semata mata. Kah kah kah. Tapi serious kot, sebab aku teringin nak peluk orang salji (pengaruh cerita Pingu) dan nak feeling tadah salji dengan tangan ( pengaruh cerita My Girl)




Syukur Alhamdulillah, Allah mempermudahkan jalanku. Jalan untuk capai cita cita nak jadi doktor. Aku diterima untuk program foundation di MSU dan insyaAllah akan menyambung degree mbbs selama 5 tahun di MSU jugak (^-^)

This is how my life goes on. Menjadi pelajar Foundation di MSU pun not bad jugak. Dapat kawan kawan yang awesome, environment yang best, lecturer yang memahami, #MARA12’s memories. Ahhh, priceless ! Need another blog  post for it !

That,s all. Sekarang aku percaya bahawa :

Allah takkan beri apa yang kita nak, tapi Allah akan beri apa yang kita perlu

Location : Somewhere in Pendang, Kedah

Jadi, jangan risau. Percaya yang Allah dah susun yang terbaik untuk hidup kita. Senyum sikit :)